Friday, August 21, 2009

Bulan Untuk Umat Islam

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Amin.


Saya betol - betol rindu rumah saya dan isi kandungnya. Salam ramadhan ibu dan ayah.

Tuesday, August 18, 2009

Perfection

tengah layan lagu Yuna, Greek Goddess

"you are engineered to perfection"

yes. everyone loves a perfection. even if you know you can't have it. even if you said you don't mind being with someone imperfect. but comparison is easily done when you have had a perfection. (cilok lagu katy perry hehe)

what is perfection anyway. isn't it subjective?

i think you are the perfect one for me , well some people don't think so.

Friday, August 14, 2009

Percubaan

bila aku datang kau pergi
bila aku pergi kau datang
bila aku mengharap kau hampakan
bila aku hampa kau beri harapan


bila aku jauh kau cari
biar dekat
sudah jumpa kau biarkan
lalu aku menjauh
namun berharap kau masih mencari


bila aku dan kau mahu
kita berusaha tanpa rela
kita berusaha niat mencuba
berusaha tanpa seribu daya
berusaha dengan seribu dalih

namun mungkin takdir yang tahu
kisah terbaik kau dan aku
tiada takdir yang aku sesali
hanya menunggu aku mampu



pesanberpesan: bila dah takde keje. haha.

Thursday, August 13, 2009

Bencilah

sakit hati dengan orang yang makan macam raksasa tapi maintain kurus macam lidi.




benci.

Wednesday, August 12, 2009

Epilog Anak

kalau ditanya apa aku mahu ubah tentang hidup aku, aku akan ubah yang aku adalah anak tunggal. ye. aku nak ada adik beradik. kalau korang kawin nanti beranak la banyak - banyak. kesiankan lah anak tu. bagi la dia adik ke , abang ke, kakak ke.

bila orang tau adik beradik aku ada kosong orang kesemuanya, respon yang biasa, "eeee bestnya anak sorang. mesti semua dapat kan." hello. bapak aku tidak berkerjaya sebagai pengecop duit untuk bagi aku apa je yang aku nak dalam dunia ni. hanya kasih sayang yang tidak berbelah bagi je yang aku dapat. of courselah kan. dah dia nak belah - belah bagi kat sape pulak. dah aku sorang je anak dia. =)

jadi anak sorang ni menyebabkan aku selalu lupa nak mengajukan soalan berbentuk begini kepada orang yang baru nak berkenalan.

"awak ade berapa orang adik beradik? awak anak nombor berapa?"

aku selalu membayangkan semua orang pon takde adik beradik. ex boyfriend aku ada berapa orang adik beradik pon aku tak tau lagi sampai sekarang. betol - betol lupa nak tanya.

lagi satu aku paling tak ingat bilangan adik beradik kawan - kawan berapa orang semua. birthday ke, nombor kad matrix ke, nombor telefon ke, sain korang cemana ke, semua tu kacang je aku nak apal. tapi kalau buat kuiz cepu emas ada berapa orang adik beradik memang kantoi. semalam i call u, u tak ade. ok tak perlu nyanyi lagu zee avi.


sangat sedih tau mempunyai ahli keluarga yang bilangan paling sikit ni. bila hari raya, semua orang tengah siap - siap nak beraya, yang adik beradik ramai tu haruslah bergaduh kan nak decide nak pakai baju colour ape hari ni. yang kecik - kecik semua kena beratur tunggu mak pakaikan baju. mengada taknak pakai sendiri. aku, ibu and ayah akan duduk diam - diam sama - sama tunggu semua orang siap baru boleh bergerak sama - sama. kadang - kadang sampai hilang mood aku nak kutip duit raya sebab lama sangat tunggu. cair makeup I.

lagi satu kalau balik kampung, semua nak duduk ikut adik beradik masing - masing. aku selalu kena tak-malukan- diri pergi kepada kelompok - kelompok yang sudi menerima kehadiranku. kalau takde yang sudi menerima aku pegi main pondok - pondok dengan budak - budak 5, 6 tahun. tu pon kadang - kadang kena halau. tak 1Malaysia langsung diorang ni. duduk je lah sama - sama.

lagi satu kalau takdek duit. kalau ada adik beradik ni bolehlah jugak mintak bantuan kecemasan daripada akak abang kan. malangnya terpaksa jugak buat muka kesian mintak duit kat ayah. rasa bersalah woh asik mintak duit je.


banyak lagi dilema anak sorang ni sebenarnya. kalau bil tepon naik mesti aku yang kena. kalau biskut dalam tin habis pon aku jugak yang kena. haih, tak de orang nak mintak tolong cover. banyak lagilah dilema anak sorang nih.

so, dah kawin beranak banyak - banyak ok? haha.

Monday, August 10, 2009

Life is Complicated

aku bukanlah mengeluh, cuma kenyataan. tapi betul ape. complicated kot hidup ni. okey fine, maybe ada orang akan cakap kau yang buat hidup kau jadi rumit dan kompleks. fikir yang simple - simple ajelah. kenapa nak fikir yang rumit-rumit dan kompleks.

hello bro, hidup kalau asik nak senang je payah gak uh. kau tau hari - hari isap rokok lepak cc main game je bolehlah. aku rase semua orang berdepan dengan situasi ini. complicated. abang yang nak lepak kat cc tu pon sebenarnye pening gak fikir cemana nak ilangkan addiction main game dia tuh. kalau ditanya, bang sampai bila nak main game je bang, bila nak carik keje? mesti abang tu pon sebenarnya ade hati nak berubah carik keje, tapi dia still jugak masuk cc main game. nak ilangkan tensen tak dek kerja katanya. complicated kot. tak ke?

bagi aku memang hidup ni complicated.

jadi mak, kalau garang anak cakap mak kejam. kalau baik sangat anak pulak pijak kepala. tak hormat orang tua. complicated. kan?

jadi anak tak boleh melawan. nanti derhaka. nanti anak kau pulak yang derhaka dengan kau. ah pulak, anak aku belum lahir lagi dah kene fikir nanti dia derhaka ke tak. complicated. kan?

jadi kawan kena jaga hati kawan. habis sape nak jaga hati sendiri asik jaga hati kawan je. baik sangat orang pijak - pijak. jadi jahat orang tak nak kawan. complicatednya.

jadi girlfriend pun susah. itu tak boleh ini tak boleh. kalau tak dengar cakap tak sayang. kalau dengar melebih - lebih pulak. bosan lah nak fikir.


diulangi, bukan mengeluh, cuma menyatakan. life is complicated.

Sunday, August 9, 2009

Bila Tiba-tiba.

i think ive been dishonest the most this year. and that has made me hurt lots of people. i dont even think im being honest with myself. if there's a competition for the most dishonest person exist, well ill be the most qualified organizer for this competition. and ill be the winner of course.

at the moment i thought not telling the truth will make me feel better. well it did. for almost a minute. but then you gonna regret it. i tell you, its gonna hunt you down baby! that dishonesty or simply called lie will haunt you every single minute in your life. ive been keeping a lot to myself lately and not being really honest to myself, to people around me, and to people who love me.

i thought i would spare their feelings if i cover up the truth using less-true words, but it will just hurt them more when they knew it by themselves. and to tell you the truth, at some level im actually relieved that he/she knew it by themselves. but the regrets and humiliation of not being totally honest is far more painful than real truth it is.

well, i learnt my lesson. truth may made you look and feel stupid. but im okay with stupid, as stupid made me learn more things. truth may make you call me a mean person. well, thats who i am. there are some things i cannot tolerate. truth may make me a hypocrite. well, who is not? truth make me a calmer and happier person.

so just let it out. let them hear you. let me hear you. let us be a happy person. i am now trying to be a happy person. honestly happy person inside out. not just people-see-me-happy-but-i-am-dying-inside happy. real happy.

yes truth hurts, but i am willing to bear that hurt and make time to heal it.

honesty is the best policy! adios