Monday, February 22, 2010

Suara sumbing

2 3 hari ni asik marah je pegi kelas. Rasa nak mengamuk dalam kelas. Bila keluar kelas terus ok. Aku rasa aura - aura dalam kelas tu memang panas - panas la semuanya. Tak pon ada orang dah bomohkan aku dengan orang - orang dalam kelas tu bagi tak serasi.

Selalunya rasa nak marah ni start bila lecturer start cakap. Aku terus jadi bengang.

Ada je suara - suara halus yang bagi aku rasa nak marah. Kadang - kadang tak halus pon. Garau semacam. Apa diorang cakap pon aku tak faham sebenarnya. Kadang-kadanglah diorang cakap english. Tapi kalau dah cakap suara macam dalam gua takdenye aku nak faham.

Situasi ni bagi aku bengang gila babi. Sebab aku ni konon-konon nak jadi pelajar berdedikasi lah nak dengar lecturer cakap apa. So bolehla merasa amik anugerah dean list dan dapat tempat intern power - power. Walaupon kadang - kadang tak pegi kelas. =P. Tapi gua jadi confuse beb. Suara lecturer dengan suara - suara asing ni sama kuat beb. Tak tau nak serap ilmu yang mana satu.

Macam haram.

Dan selalu suara ni datang dari semua arah. Belakang, kiri, kanan. Semualah. So, aku pon selalulah toleh - toleh sana sini cari mana datang suara - suara ni. Kadang - kadang sampai ada orang terperasan plak aku asyik usha dia sebab asik toleh - toleh belakang je. Kan dah jadi salah faham tu namenye.

Makin hari makin kuat plak dowh suara - suara ni skarang. Aku takot aku ni scizophrenic je. Asik dengar suara - suara asing dalam kepala sendiri.

Tapi kan, aku rasa lecturer pon boleh dengar dowh suara - suara asing tu. Aku rasa kalau aku tanya dia pasal suara - suara asing tu, sure kitorang boleh sembang sampai esok pagi. Mesti lecturer pon bengang sama macam aku gak lah.

Tapi kan aku rasa suara - suara ni banyak bunyik sebab diorang fikir diorang dah pandai ah. Dan aku rasa memang diorang pandai pon. So, diorang rasa kalau diorang banyak bunyik cakap kuat - kuat dalam kelas pon ddiorang still leh score. Kalau lecturer nak sumpah diorang pon diorang takde hal kot. Diorang lagi pandai daripada lecturer kot. Belajar sendiri pon boleh pandai ape. Berkat cikgu mengajar? Karut uh semua tu kan?

Tapi aku tak pandai beb. Struggle gile skarang nak belajar. Dah la kurang pandai. Nak belajar, ada pulak suara - suara halus sekeliling mengganggu gugat daya tumpuan aku. Tak ke bengang je rasa hati tu bila nak belajar.

p/s : aku pon kadang - kadang cakap gak dalam kelas.

Duit

Takde.

Terim Kasih.

Thursday, February 18, 2010

Sunday, February 14, 2010

Cuti.

Nak update tapi takde ape yang menarik untuk di update. Life is as usual, brutal. But better live the life rather than weep and die! Wow i just made that up. Brilliant? I know right. =)

Its Chinese New Year. Since kita semua semangat 1Malaysia sekarang maka aku dengan excitednya berhasrat sambut Raya Cina di Penang. Tapi bukanlah semangat sambut sampai pegi sembahyang kat tokong cina pagi-pagi buta tu. Bukan itu semangat 1Malaysia yang digalakkan ye kawan-kawan. As planned, Aktiviti utama. Makan! Aktiviti kurang utama. Makan lagi!

Janji nak gerak pukul 6pagi. Kita tengok je lah esok kita gerak pukul berapa ye.

Nak bangun pagi, nak bangun pagi. (baca macam dalam cite LabuLabi, nak cari kayu nak cari kayu)