Wednesday, June 29, 2011

Berat Badan

Aku mesti bertindak! Sampai bila nak jadi macam ni. Klau setahun 2kilo naik tak turun-turun nak jadi apa! Swimming pool , gym, tasik sebesar-besar alam kat depan UTP tu ada. Free semua tu weh! Ape function kat kau! Buat cuci mata je ke???

Aku rasa aku selalu macam lemah semangat je bila nak exercise ialah sebab bila aku bersenam la kan ( jangan nak buat muka tak percaya pulak aku bersenam! ) dalam otak aku selalu ada thoughts yang melemahkan pergerakan otot dan anggota badan aku.

"Takyah la weh. Gemuk ni memang genetik family dowh"

"Orang kata kalau jogging nanti paha kau lagi besar sebab otot je " (Aku tak tau la orang mana yang cakap ni. Mengarut je)

"dan sebagainya" (bukanlah aku fikir dan sebagainya time jogging tu. Maksudnya aku fikir macam-macam lagi laaaa.)

Lagi satu faktor yang menggagalkan ialah bila aku exercise, lepas exercise tu aku bajet aku boleh melantak macam tak jumpa makanan dua hari.

"Tadi kan dah jogging. Kena gain balik energy ni." Tapi malangnya makanan tu tak jadi energy pon. Jadi lemak je. Haih.

Maka di blog yang sepi ini, aku berazam untuk mendisiplinkan diri memastikan berat badan turun dan memiliki body yang cantik lagi unggul sebelum berjumpa kekasih hati akhir bulan 7 nanti. Chaiyokkk!

p/s: Cepat sape nak jadi trainer aku! *sambil buat sit-up*

Monday, June 27, 2011

As If I'm Ready

Im back!!! Sebab aku perlu bagi kekuatan untuk diri menghadapi dua semester akhir ini. Bila fikir balik blog ni boleh jugak buat tempat aku keep track of my time. Bila due assignment, bila presentation and Im sure its going to be lame. But whatever, aku pon bukan interesting sangat. Bukan selalu pon I did something exciting. Paling kuat pon keluar dengan kawan-kawan yang exciting. Diorang yang exciting aku excited je. Hee.

Anywho, baru sampai UTP pagi tadi. Hari Jumaat lepas balik Muar tercinta. Setiap kali sampai depan gate rumah mesti tiba-tiba datang rasa tenang yang entah dari mana. Mungkin sebab slalu sampai pagi buta kot. Jadi waktu tu tak ada orang. Tak ada bunyi. Senyap sunyi.

Feels like heaven.

And now Im back in hell. Hello assignment test report! Hell-o semua! Come to mama!

Friday, February 11, 2011

Tolong Ingatkan Aku - bukan post lirik lagu Ana Raffali

Alhamdulillah, masih lagi bernafas. Pemilik blog masih wujud lagi di dunia penuh pancaroba ini. Aicewah. :)

Bukanlah sibuk sangat pun, tapi tak ada yang menarik sepanjang ketiadaan. Perkara yang sama, perbuatan yang sama setiap hari. Bangun pagi, pegi keje, buat keje (yang kebanyakannya facebook-ing dan downloading hee) balik keje, tido. Disulami dengan makan, minum, bersembang, bercinta, ketawa, menangis dan termenung. Itu waktu intern lah.

Sekarang balik ke keadaan asal. Asal adalah sebelum intern.

Belajar.

UTP.

Blergh.

Walaupun sesak dada memikirkan tanggungjawab yang tak sudah ni, tapi di selambakan saje. Digagahkan segalanya biar terlaksana juga nanti. Tak lama dah abil. Setahun je lagi. Tak akan semuanya jerit perih saja. Mesti ada manisnya.

Semoga selamat semua. Chayok!

p/s:ye ye tau ari tu dah cakap babai. well im back baby! haha

Saturday, December 11, 2010

tumblrititis

im in love with tumblr now. babai blogspot.

mungkin dah boleh delete link blogspot kat blog korang. eheh. ada ke org letak link aku. hihi.


babai.

Thursday, October 28, 2010

Pekak

Aku ade satu seluar yang dulu sebelum puase aku pakai ketat. Tapi time puasa dia longgar sikit lah. Kalau dulu aku pakai seluar tu depan mak aku, dia jegil biji mata dia dan dengan nada suara tinggi suruh aku pegi tukar seluar lain. Bila aku cakap dengan dia, "Tak payahla jerit-jerit", dia kata, "Mana ada ibu jerit, suara ibu memang kuatlah".Layankan ajelah.

Tapi puasa ari tu aku pakai, dah longgar sikit. Eh tak, longgar banyak. Mak aku pon cakap longgar banyak. Nada suara dia time cakap dah longgar banyak tu tak la setinggi nada time suruh tukar seluar tu. Boleh pulak cakap pelan je. Sabar je.

Hari tu cakap dalam telefon. Mula-mula mengumpat nada macam biasa je. Kira tak berdesing la kat telinga aku suara mak aku cakap kat aku. Gegendang telinga aku kira bergetar dalam kadar yang normal lagi lah.

Dia tanya , "Malam ni makan ape?" aku jawab, "Malam ni makan dengan S."

"Ha kan takde keje lain. Habiskan duit orang je belanja ko makan!" Memang macam nak pecah jugakla gegendang telinga aku mak aku jerit. "Tak payah jeritla bu."aku cakap sambil tukar telepon kat telinga belah lagi satu. Telinga yang tadi dah panas. Rasa macam taik telinga nak terkeluar.

"Tu memang suara ibu yang biasa lah." dia jawab. Rugi btol aku tak record conversation ni. Bagi dia dengar sendiri suara normal dia. Haih.

Thursday, September 9, 2010

Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN



Tolonglah maafkan eh? :)

Friday, September 3, 2010

Sunyi

Perempuan, kalau dah sayang, yang buruk nampak cantik, yang jelik nampak molek. Aku sebenarnya tak berani nak mengstreotypekan sang perempuan ini. Jadi aku tukarlah ayat tadi.

Aku, kalau dah sayang, dah suka, yang buruk akan nampak cantik, dan yang jelik nampak aje moleknya. Betul, tak tipu. Takbaik tipu-tipu bulan posa ni.

Jadinya, apa motif aku nak tulis post ni sebenarnya. Haha. Aku pun tak tau. Biasalah perempuan, kalau gaduh sikit, nak luah perasaan. Nak tulis blog. Macam yang aku tengah buat ni. Ni tengah gaduh la ni. Poyo. Haha.

Mungkin orang yang bergaul dengan aku anggap aku ni kecoh. Segala benda nak cakap. Tapi ada benda yang aku tak pandai luah, memang tak luah beb. Terkemam je dalam mulut ni ha. Macam sekarang ni. Nak cerita la konon. Tapi tak reti nak cerita. amende tah. Jiwa kacau sangat. Tah hape - hape.

Fynn Jamal cakap, sunyi itu musuh utama wanita. Betol. aku setuju.

Oklah. Bye. Dah tak sunyi sebab dah pasang lagu raya. :)

Wednesday, August 18, 2010

Mane ade Habuk Lah!

Orang selalu kata," dah lama dah tak bukak blog. Berhabuk dah blog aku." Aku selalu takleh terima expression berhabuk tuh. Err. Cemane boleh ada habuk plak. Ni blog kot. Bukan loteng nak ade habuk. Derr.Dah, korang takyah nak cakap blog aku berhabuk plak. Pang kang!

So its Ramadhan again. Dan akhirnya impian ku berpuasa bersama ibu bapa tercapai juo. (Impian tah pape) Tapi taklah bersama sangat. Bersama weekend je lah. Tapi okeylah daripada 1ari nak raya baru nak bersama. Sedeh woh.

Nasib baik dapat gak intern di Johor Bahru eh salah Gelang Patah ni. Macam ni rupenye bile dah keje. Bosan weh. Mungkin sebab orang tak bagi aku keje sangat. Tu yang rajin sangat pergi tolong makcik cleaner buang sampah. Padahal orang dah bagi keje ko pegi mengulor! Bagos.

Ape lagi ape lagi nak tulis. Ummm. Ade sesape yang tengah masyuk dan berada di sekitar Johor Bahru, jangan lupe ajak bukak pose sekali eh? Sape yang bayar? Mestilah saya yang bayar. Guna duit andalah tapi. Huehue. Tinggalkan numberfon di ruangan komen ye. Trimas.

Sekian. Wassalamu.

Akhirnye. Hupdate jugakkkk.

Wednesday, July 14, 2010

Dah Tau.

Ye aku tau dah lame tak update.

Suke hati aku lah! Blog aku.

Babi. eh salah. Babai.

Thursday, May 13, 2010

new post.

cougar town

wish me luck for finals ppl!


Thursday, April 15, 2010

Kecewa

Musnah semua harapan aku. Kawan-kawan semua dah pegi. Chantik dorang cakap. air biru, pasir putih. Tak mahal diorang cakap. Murah je.

Tapi bila aku baca blog en.Lidah dan klik link ni. Sini.

Hancur lebur berkecai terabur semuanya. bodoh! Kata CutiCutiMalaysia! Cuti Malaysia waklu kalau camni harga. Baik aku pegi Indonesia. shopping! Ko tunggu.Aku kaya nanti aku beli satu pulau!

Habis semuanya. Mungkin niat aku tak baik. Nak ajak boifren sekali kononnya. Kalau ajak mak pak mesti tak camni jadi. Grr.

Wednesday, April 7, 2010

Updating Myself 2

1. BEE saya sakit lagi. Dia pun dah rindu nak balik johor agaknya. Baru ingat nak basuh, taknak jalan la pulak.

2. Gedik join UPAG semester ni walaupon tau akan busy cam orang gila. Still, tetap bersemangat. Nak menang ni.

3. Semester depan nak intern tapi masih BELUM dapat tempat intern. Risau sebab diri tak risau tak dapat-dapat lagi. Rilek sangat nih abil!

4.Rindu kawan-kawan yang lahir sama tahun dengan saya.

5. Semester ni roomate dengan Najwa Sofwani yang cun korang suka usha tu. Jangan jeles I roomate dengan dia. huahaha.

6.Bulan 5 nak pindah Muo.hihihi. sukeeeee.

7. Exam tinggal sebulan lebih sahaja. Tapiii, taknak cakap lah.Takut.

8. Nak balikkkkkkk umahhhhhh. Rindu sangat ni. Taknak jadi anak derhaka.


p/s: name pon update blog. mestila update diri sendiri. apehal nak update pasal lu orang plak!


Friday, March 19, 2010

Back with UPAG

with them, I feel at home. =)

Monday, March 8, 2010

FESCO TU TAUZEN TEN


Da habis! Weeeeee!

Praktis nak dekat 2bulan tapi perform 6 7 minit je atas pentas tu. Hayoo tak puassss. Nak lagi sekaliiii. huhu.

All in all, thanks to all yang participate. UPAG-ers yang kaki sentap semuanya (haha) thanks jugak for the hard work, physically and emotionally. Sayang korang wehhhh!(huehue)

And thanks to orang-orang (sebenarnya sorang je kan?) yang selalu buat hal. Yang bagi members lain sentap-sentap. Thanks a lot! Kalau tak mesti kitorg takde bahan nak mengumpat. Muahahahah! And congrats sebab you sangat popular among us. Everytime kitorg sebut nama you. Nak makan sembang pasal you, dah habis makan sembang pasal you, nak perform sembang pasal you, habis perform tengah kemas pon sembang pasal you. Memang famous lah!

Dah mula rindu kat choreographer FESCO this year. Down lah dah tak jumpa choreographer dah. huk. UPAG-ers, mungkin korang tau choreographer yang mana yang aku rindu. HIHI. =)



choreographer : dua yang tengah tu, yang dua lagi our makeup artist


p/s : Thank God, she is done with us.

Monday, February 22, 2010

Suara sumbing

2 3 hari ni asik marah je pegi kelas. Rasa nak mengamuk dalam kelas. Bila keluar kelas terus ok. Aku rasa aura - aura dalam kelas tu memang panas - panas la semuanya. Tak pon ada orang dah bomohkan aku dengan orang - orang dalam kelas tu bagi tak serasi.

Selalunya rasa nak marah ni start bila lecturer start cakap. Aku terus jadi bengang.

Ada je suara - suara halus yang bagi aku rasa nak marah. Kadang - kadang tak halus pon. Garau semacam. Apa diorang cakap pon aku tak faham sebenarnya. Kadang-kadanglah diorang cakap english. Tapi kalau dah cakap suara macam dalam gua takdenye aku nak faham.

Situasi ni bagi aku bengang gila babi. Sebab aku ni konon-konon nak jadi pelajar berdedikasi lah nak dengar lecturer cakap apa. So bolehla merasa amik anugerah dean list dan dapat tempat intern power - power. Walaupon kadang - kadang tak pegi kelas. =P. Tapi gua jadi confuse beb. Suara lecturer dengan suara - suara asing ni sama kuat beb. Tak tau nak serap ilmu yang mana satu.

Macam haram.

Dan selalu suara ni datang dari semua arah. Belakang, kiri, kanan. Semualah. So, aku pon selalulah toleh - toleh sana sini cari mana datang suara - suara ni. Kadang - kadang sampai ada orang terperasan plak aku asyik usha dia sebab asik toleh - toleh belakang je. Kan dah jadi salah faham tu namenye.

Makin hari makin kuat plak dowh suara - suara ni skarang. Aku takot aku ni scizophrenic je. Asik dengar suara - suara asing dalam kepala sendiri.

Tapi kan, aku rasa lecturer pon boleh dengar dowh suara - suara asing tu. Aku rasa kalau aku tanya dia pasal suara - suara asing tu, sure kitorang boleh sembang sampai esok pagi. Mesti lecturer pon bengang sama macam aku gak lah.

Tapi kan aku rasa suara - suara ni banyak bunyik sebab diorang fikir diorang dah pandai ah. Dan aku rasa memang diorang pandai pon. So, diorang rasa kalau diorang banyak bunyik cakap kuat - kuat dalam kelas pon ddiorang still leh score. Kalau lecturer nak sumpah diorang pon diorang takde hal kot. Diorang lagi pandai daripada lecturer kot. Belajar sendiri pon boleh pandai ape. Berkat cikgu mengajar? Karut uh semua tu kan?

Tapi aku tak pandai beb. Struggle gile skarang nak belajar. Dah la kurang pandai. Nak belajar, ada pulak suara - suara halus sekeliling mengganggu gugat daya tumpuan aku. Tak ke bengang je rasa hati tu bila nak belajar.

p/s : aku pon kadang - kadang cakap gak dalam kelas.

Duit

Takde.

Terim Kasih.

Thursday, February 18, 2010

Sunday, February 14, 2010

Cuti.

Nak update tapi takde ape yang menarik untuk di update. Life is as usual, brutal. But better live the life rather than weep and die! Wow i just made that up. Brilliant? I know right. =)

Its Chinese New Year. Since kita semua semangat 1Malaysia sekarang maka aku dengan excitednya berhasrat sambut Raya Cina di Penang. Tapi bukanlah semangat sambut sampai pegi sembahyang kat tokong cina pagi-pagi buta tu. Bukan itu semangat 1Malaysia yang digalakkan ye kawan-kawan. As planned, Aktiviti utama. Makan! Aktiviti kurang utama. Makan lagi!

Janji nak gerak pukul 6pagi. Kita tengok je lah esok kita gerak pukul berapa ye.

Nak bangun pagi, nak bangun pagi. (baca macam dalam cite LabuLabi, nak cari kayu nak cari kayu)

Wednesday, January 27, 2010

Ratu Hati.

tumbuk sambal sambil nyanyi lagu rock

Ibu. Memang ada kuasa magik agaknya.

Bila dekat asik nak gaduh je, bila jauh rasa nak dipeluk tubuh dia.

Bila dekat aku asik nak melawan , bila jauh rasa macam hilang kawan .

Bila dekat asik nangis kecik ati, bila jauh asik nangis rindu-rindu.

Pedulik kalau orang nak anggap aku apa saja, asal ibu masih anggap aku anak dia.

Note to self: Kadang-kadang ibu memang kena jadi ibu, bukan kawan semata-mata. Naluri ibu namanya.