Wednesday, August 12, 2009

Epilog Anak

kalau ditanya apa aku mahu ubah tentang hidup aku, aku akan ubah yang aku adalah anak tunggal. ye. aku nak ada adik beradik. kalau korang kawin nanti beranak la banyak - banyak. kesiankan lah anak tu. bagi la dia adik ke , abang ke, kakak ke.

bila orang tau adik beradik aku ada kosong orang kesemuanya, respon yang biasa, "eeee bestnya anak sorang. mesti semua dapat kan." hello. bapak aku tidak berkerjaya sebagai pengecop duit untuk bagi aku apa je yang aku nak dalam dunia ni. hanya kasih sayang yang tidak berbelah bagi je yang aku dapat. of courselah kan. dah dia nak belah - belah bagi kat sape pulak. dah aku sorang je anak dia. =)

jadi anak sorang ni menyebabkan aku selalu lupa nak mengajukan soalan berbentuk begini kepada orang yang baru nak berkenalan.

"awak ade berapa orang adik beradik? awak anak nombor berapa?"

aku selalu membayangkan semua orang pon takde adik beradik. ex boyfriend aku ada berapa orang adik beradik pon aku tak tau lagi sampai sekarang. betol - betol lupa nak tanya.

lagi satu aku paling tak ingat bilangan adik beradik kawan - kawan berapa orang semua. birthday ke, nombor kad matrix ke, nombor telefon ke, sain korang cemana ke, semua tu kacang je aku nak apal. tapi kalau buat kuiz cepu emas ada berapa orang adik beradik memang kantoi. semalam i call u, u tak ade. ok tak perlu nyanyi lagu zee avi.


sangat sedih tau mempunyai ahli keluarga yang bilangan paling sikit ni. bila hari raya, semua orang tengah siap - siap nak beraya, yang adik beradik ramai tu haruslah bergaduh kan nak decide nak pakai baju colour ape hari ni. yang kecik - kecik semua kena beratur tunggu mak pakaikan baju. mengada taknak pakai sendiri. aku, ibu and ayah akan duduk diam - diam sama - sama tunggu semua orang siap baru boleh bergerak sama - sama. kadang - kadang sampai hilang mood aku nak kutip duit raya sebab lama sangat tunggu. cair makeup I.

lagi satu kalau balik kampung, semua nak duduk ikut adik beradik masing - masing. aku selalu kena tak-malukan- diri pergi kepada kelompok - kelompok yang sudi menerima kehadiranku. kalau takde yang sudi menerima aku pegi main pondok - pondok dengan budak - budak 5, 6 tahun. tu pon kadang - kadang kena halau. tak 1Malaysia langsung diorang ni. duduk je lah sama - sama.

lagi satu kalau takdek duit. kalau ada adik beradik ni bolehlah jugak mintak bantuan kecemasan daripada akak abang kan. malangnya terpaksa jugak buat muka kesian mintak duit kat ayah. rasa bersalah woh asik mintak duit je.


banyak lagi dilema anak sorang ni sebenarnya. kalau bil tepon naik mesti aku yang kena. kalau biskut dalam tin habis pon aku jugak yang kena. haih, tak de orang nak mintak tolong cover. banyak lagilah dilema anak sorang nih.

so, dah kawin beranak banyak - banyak ok? haha.

6 comments:

z.a.z said...

ade jgk disadvantage anak tunggal eh..dulu aku pkir anak tunggal ni best, mtk ape pn msti dpt..hehe..mind set org msia kannn..

Anonymous said...

lagu anak berkumandang bile bace post ko..waa perfect timing tul~wahahahaha

Najwa Sofwani said...

ok abil, ak nk 12 org jap g..hihihi

jaja said...

abil nak anak brp nanti? :D

abeelo said...

@zureen - air tenang jangan sangka tiada buaya. erk. mcm takde kaitan je. haha


@NurulAtiqah - aku memang tere carik moment yg seswai. haha. belagak.


@najwa - woh 12! semoga berjaya. huhu


@jaja - lebih dari satu.huhu

kucheye said...

ooo..ade blog rupenye....haha...ko kawin nnti beranak la byk2 k..hehe~