Sunday, September 27, 2009

Raya 2009

Since semua orang buat post ari raya, takkanlah aku nak ketinggalan zaman sangat tak buat post hari raya kan? nanti orang ingat aku ni kapiaq la pulak tak sambut syawal mulia tapi sambut krismas pulak. So people, selamat ari raya! Maaf zahir dan batin buat semua yang tersayang. cewah.

Macam biasalah first day hari raya semua orang bersyahdu-syahduan bermaafan sehingga berjujuran air mata sampai hilang habis semua eyeliner dan mascara. Pagi-pagi raya memang bengkak-bengkak mata sampai nak makan ketupat pon dah tak nampak. Sesi bermaafan warga-warga senior pulak berlangsung agak lama la pulak sebab ade skrip mintak maaf in bahasa jowo yang panjang-panjang jangan harap nak faham ape dorang cakap.

Petang raya pertama semua tertido sebab ngantuk nangis pagi tadi. Recover balik bengkak mata i. hehe.

2 3 hari kat kampung, tak beraya ke mana pon. Beraya kat dapur je. Aicewah, bunyi macam sibuk memasak kat dapur je raya ni kan, tapi sebenarnya sibuk makaaan je kat dapur. Sebab tu asyik beraya kat dapur je. Macam biasa kalau ada orang datang beraya, aku pon mentetamukan diri menjamu selera sekali. Bukan apa, tak sopan kalau tengok je tetamu makn. Nanti diorang tak selesa pulak. kan? =)

Baju raya yang dah iron siap-siap malam sebelum raya semuanya kecewa sebab tak pakai pon.

Balik mersing lagi kecewa. Baru dua tiga hari sampai mersing, konon-konon nak beraya, walaupon takdek kawan kat mersing, kene balik kampung lagi. kenduri kahwin la pulak. Tak faham betol. Orang sibuk nak raya dia sibuk nak kawin. Dahla tak jemput aku, jemput mak bapak aku je. Sedih sadis betolla.

Kenapa raya dulu-dulu meriah lagi daripada raya zaman sekarang? Duit raya zaman dulu pon lagi banyak daripada zaman sekarang? kenapa dunia kenapa!!!!!

Tuesday, September 15, 2009

Aku Mahu

nak peluk
nak cium pipi
nak cium tangan
nak sayang
nak dekat
nak bergurau
nak ketawa
nak menangis
nak melayan
nak mengada
nak manja-manja
nak gembira
nak syahdu
nak memaafkan
nak keampunan
nak rindu
nak tenang


aku dah tak sabar.
rumahku syurgaku, tunggu.

ibu ayah,
aku sangat rindu.

Friday, September 11, 2009

Penat tapi Kuat

aku penat. betul betul penat. semua orang suruh aku kuat, tapi aku sudah penat jadi kuat.

ya, aku tahu. orang lain pun penat. bukan seorang aku sahaja. tapi itu orang. aku tetap aku. penat aku, aku yang tahu. siksa aku, aku yang tahu. dan aku tak mahu tahu penat kau orang. aku dah penat untuk ambik tahu. aku dah penat membanding penat kau dan aku.


kuat. penat itu, pada aku adalah sebab malas untuk jadi kuat. ye, itu aku rasa sekarang. malas untuk jadi kuat. aku dah lama kuat. walau kuat aku bukan untuk aku, aku tetap kuat. dan kuat aku, aku sendiri. aku tidak kuat sebab berdua, dan tidak kuat sebab beramai. aku sendiri. dan bila aku jatuh, aku kuatkan diri. sendiri.


kasihan seorang abil. aku hentam jiwanya yang lemah bagi kuat! macam bagi training untuk bertempur. aku ajar jiwanya jadi keras. jadi kebal pada apa pon. tapi sekarang mungkin abil dah penat. tak mampu lagi jadi keras. tak mampu lagi jadi kebal. gagalkah dia?


salahkah aku kalau aku lembik. jadi abil tak boleh lembik langsungkah? apa ni lembik-lembik. kalau lembik-lembik mana boleh berjaya. orang malas je lembik-lembik ni.


ah peduli. aku penat. aku mahu jadi lembik. jiwa aku mahu berehat. jangan dipaksa, jangan diseksa.


Tuesday, September 8, 2009

Friday, September 4, 2009

Updating Myself

1. Sudah berpuasa selama 13 hari, eh tak 10 hari je. hehe.

2. Ada dua tests minggu hadapan. MED dan Heat Transfer. owh heat transfer. (-_-")

3. Sila basuh kereta sebelum balik untuk mengelakkan bebelan panjang atau sarcasm yang makan dalam sebelum raya nanti. Contoh - contoh "ni kereta ke lori kelapa sawit?" atau "bela ayam ke dalam kete ni?" atau " tau tak macam mane nak basuh kete?". ok cukup.

4. Ada banyak subject yang ada project tapi tiada meeting lagi dijalankan. risau kot. haih.

5. Berharap dapat banyak duit raya tahun ini. Sila jadi bermurah hati dan bagi aku duit raya.

6. Jangan asyik ingat nak raya, dan lupa nak beribadah lebih sikit bulan puasa ni. Sibuk kejar raya, rahmat yang ada di bulan Ramadhan jangan di lupa. Bukan mr. Rahmat Iskandar lecturer mechy tu ye.

7. Tiada study week. Ffffuc- ok tak boleh cakap. Kurang pahala puasa.

8. Sila banyak bersabar dengan perangai orang yang macam - macam di bulan puasa ni. Bukan ke sepatutnya kita berbaik-baik di bulan puasa, bukan simpan dendam di dada dan buat-buat tak kenal bila jumpa. (-_-")

Salam Ramadhan. Kalau nak buka puasa tempat sedap - sedap, jangan buat-buat lupa nak ajak aku ok! ciao!