Sekarang dah wujud beribu mungkin berjuta blog. Kalau nak dikategorikan, memang macam-macam kategori. Kategori kelakar, kategori bercakap tentang diri sendiri, kategori depress, kategori gosip , kategori kutuk orang, kategori sastera dan tak ketinggalan kategori sampah, macam blog yang korang tengah baca ni.
Eh memang tujuan aku nak wujudkan blog kategori sampah. Memang itu niat aku memula. Waktu nak buat blog ni aku sempat niat, "Sahaja aku buat blog ni untuk dijadikan sampah"Suka hati lah. Baideway, aku je yang boleh panggil blog ni sampah, yang lain boleh shadap.
Other than that, blog ini juga bertujuan untuk merakamkan segala suka duka pahit maung manis masamnya kehidupan aku. Bak kata orang tempat meluahkan perasaan. "Eleh, macam lah ade orang nak baca woi" mungkin itu yang terlintas dalam fikiran anda semua. Nak tau apa yang terlintas dalam fikiran aku? " Woi aku ade keluarkan arahan suruh ko bace ke weh! Tak nak baca belah/blah la weh! Yang ko baca apehal weh!"
Jadi berbalik kepada objektif kedua menulis blog ini, maka saya hendak merakamkan bagaimana perasaan saya selepas menjawab kertas pertama Peperiksaan Akhir Semester Julai09 tadi iaitu kertas Kebarangkalian dan Statistik. Perasaan saya ialah....
Ermm ok je.
Ok Off record. Dah habis rakam
Wednesday, November 11, 2009
Sampah
Posted by abeelo at 6:42 PM 4 comments
Tuesday, November 10, 2009
Esok Kan Tiba
Esok saya exam, jadi malam ni saya takut.
Takut buat apa. Exam je pon. Bukan Hari Kiamat.
Memangla bukan Hari Kiamat. Tapi rasa macam hari nak Kiamat woh.
Sepatutnya kalau takut pegilah stadi. yang pegi blogging ni apehal lak an?.
Takut sangat sampai takleh nak stadi.
Alasan.
OKlah nak stadi lah. Bai.
Blah camtu je. Biadap tol pompuan ni.
Ini ialah monolog dalaman. Jangan makan dalam. :P
Posted by abeelo at 8:54 PM 5 comments
Sunday, November 1, 2009
KE LU tak ada h-ARGA ?
This weekend, decided nak balik rumah. So, here i am, at my atok's home, and it feels great. Arrived on Saturday 530am, and going back tonight Sunday,9pm. Kejap sangat. Memang tak puas. But I really need to be with family right now. Just to remind myself, family will always be my sweetheart.
Walaupun banyak misunderstandings happen this couple of days, here in this home, still rumahku tetap syurgaku. well in this case rumah atokku tetap syurgaku. Banyak sangat awkward moment yang jadi 2 hari ni. But being me, aku buat tak kesah je. awkward pon awkward la. Plus, all the arguing does not involve me. So, jangannak menyibuk-nyibuk.
When it comes to family, we are all children at heart. Got this saying from GossipGirl. And totally agree with this. Tak kesah la kalau ko dah jadi mak orang ke bapak orang ke, bila related to family matters, still nak argue lke a child. Rational ke tak rational ke, doesn't matter.
Kecik ati ngan mak bapak ke, merajuk ke, competing between adik beradik ke, feel ignored ke, feel left out ke, feel unfair ke, semua tu kita tak rasa time kecik-kecik je. Dah besar ni pon, sikit mesti ade perasaan macam tu. Cuma, bila dah besar ni, we feel that way in a bigger sense. Bukan over hal-hal macam, icecream ko lagi mahal, or baju raya ko lagi cantik, or tak dapat numbersatu dalam kelas macam kakak tu.
Jangan ingat being the only child takde competition ok. I have a parents that only wanted the best for me. But to be the best, you have to strive towards it. Malangnya, i dont have that kind of drive towards success , so my parents have to always push me. And i'm glad they did that. The only thing that sometimes hurt me is that they always compared me to anak orang lain. or even my own friends. Konon as a motivation for me. Dan aku pon selalu la terus tak puas hati dengan si polan si polan sebab mak aku selalu puji dia. Mak buda tu plak menambah-nambah lagi puji anak dia. Bikin gua panas an?
Tapi tu lah. Sakit ati sakit ati pon mak sendiri. Ayah sendiri. Terima je weh. Takyah jadi anak derhaka la weh. We teenagers (erk teenagers ke) always think our parents don't understand us, well maybe its time for you to understand them. Even if you think they are a little bit annoying sometimes, ko time kecik-kecik dulu lagi annoying kot, melalak tak tentu pasal. Boleh je mak bapak ko bela sampai besar gemuk cam sekarang. So, bersyukur.
All in all, happy to be home. Walaupon test melambak weh!
Adios.
Posted by abeelo at 1:59 PM 2 comments
Thursday, October 15, 2009
Petunjuk
otak kacau
jiwa kacau
attitude kacau
rohani kacau
jasmani kacau
Ya Allah, tunjukkan kami jalan kebenaran. Bukakan bagi kami jalan petunjukMu.
Moga kami bersama orang-orang yang benar.
Posted by abeelo at 12:26 PM 0 comments
Sunday, September 27, 2009
Raya 2009
Since semua orang buat post ari raya, takkanlah aku nak ketinggalan zaman sangat tak buat post hari raya kan? nanti orang ingat aku ni kapiaq la pulak tak sambut syawal mulia tapi sambut krismas pulak. So people, selamat ari raya! Maaf zahir dan batin buat semua yang tersayang. cewah.
Macam biasalah first day hari raya semua orang bersyahdu-syahduan bermaafan sehingga berjujuran air mata sampai hilang habis semua eyeliner dan mascara. Pagi-pagi raya memang bengkak-bengkak mata sampai nak makan ketupat pon dah tak nampak. Sesi bermaafan warga-warga senior pulak berlangsung agak lama la pulak sebab ade skrip mintak maaf in bahasa jowo yang panjang-panjang jangan harap nak faham ape dorang cakap.
Petang raya pertama semua tertido sebab ngantuk nangis pagi tadi. Recover balik bengkak mata i. hehe.
2 3 hari kat kampung, tak beraya ke mana pon. Beraya kat dapur je. Aicewah, bunyi macam sibuk memasak kat dapur je raya ni kan, tapi sebenarnya sibuk makaaan je kat dapur. Sebab tu asyik beraya kat dapur je. Macam biasa kalau ada orang datang beraya, aku pon mentetamukan diri menjamu selera sekali. Bukan apa, tak sopan kalau tengok je tetamu makn. Nanti diorang tak selesa pulak. kan? =)
Baju raya yang dah iron siap-siap malam sebelum raya semuanya kecewa sebab tak pakai pon.
Balik mersing lagi kecewa. Baru dua tiga hari sampai mersing, konon-konon nak beraya, walaupon takdek kawan kat mersing, kene balik kampung lagi. kenduri kahwin la pulak. Tak faham betol. Orang sibuk nak raya dia sibuk nak kawin. Dahla tak jemput aku, jemput mak bapak aku je. Sedih sadis betolla.
Kenapa raya dulu-dulu meriah lagi daripada raya zaman sekarang? Duit raya zaman dulu pon lagi banyak daripada zaman sekarang? kenapa dunia kenapa!!!!!
Posted by abeelo at 12:18 PM 0 comments
Tuesday, September 15, 2009
Aku Mahu
nak peluk
nak cium pipi
nak cium tangan
nak sayang
nak dekat
nak bergurau
nak ketawa
nak menangis
nak melayan
nak mengada
nak manja-manja
nak gembira
nak syahdu
nak memaafkan
nak keampunan
nak rindu
nak tenang
aku dah tak sabar.
rumahku syurgaku, tunggu.
ibu ayah,
aku sangat rindu.
Posted by abeelo at 12:00 PM 5 comments
Labels: mengarut saja
Friday, September 11, 2009
Penat tapi Kuat
aku penat. betul betul penat. semua orang suruh aku kuat, tapi aku sudah penat jadi kuat.
ya, aku tahu. orang lain pun penat. bukan seorang aku sahaja. tapi itu orang. aku tetap aku. penat aku, aku yang tahu. siksa aku, aku yang tahu. dan aku tak mahu tahu penat kau orang. aku dah penat untuk ambik tahu. aku dah penat membanding penat kau dan aku.
kuat. penat itu, pada aku adalah sebab malas untuk jadi kuat. ye, itu aku rasa sekarang. malas untuk jadi kuat. aku dah lama kuat. walau kuat aku bukan untuk aku, aku tetap kuat. dan kuat aku, aku sendiri. aku tidak kuat sebab berdua, dan tidak kuat sebab beramai. aku sendiri. dan bila aku jatuh, aku kuatkan diri. sendiri.
kasihan seorang abil. aku hentam jiwanya yang lemah bagi kuat! macam bagi training untuk bertempur. aku ajar jiwanya jadi keras. jadi kebal pada apa pon. tapi sekarang mungkin abil dah penat. tak mampu lagi jadi keras. tak mampu lagi jadi kebal. gagalkah dia?
salahkah aku kalau aku lembik. jadi abil tak boleh lembik langsungkah? apa ni lembik-lembik. kalau lembik-lembik mana boleh berjaya. orang malas je lembik-lembik ni.
ah peduli. aku penat. aku mahu jadi lembik. jiwa aku mahu berehat. jangan dipaksa, jangan diseksa.
Posted by abeelo at 4:40 PM 1 comments
Labels: mengarut saja

