Wednesday, December 30, 2009

Eleh tu Pon Nak Nangis

Orang kata air mata tu senjata orang perempuan. Boleh menundukkan kaum lelaki yang gagah perkasa keras tough dan sebagainya. Ye ke? Habis tu kenapa kalau ada budak-budak menangis kat dalam rumah ni aku rasa nak pelangkung je. Aku lebih tough dari lelaki ke. ececeh.

Tapi aku sendiri pon kuat nangis gak. Dah besar-besar ni, sikit-sikit nak nangis. Dulu kecik-kecik mak aku cakap aku ni kebal. Jatuh tergolek katil masa umur 1 tahun pon rilek je. Nampak sangat aku ganas di ranjang. Sampai jatuh katil. Eh statement apa ni. Abaikan. Mak aku marah sampai satu berek dengar pon buat tak tau je. Kena cubit kena sepak wat tak tau je. Walaupon malu kena marah depan kawan-kawan yang sekarang bila dah besar hensem-hensem.

Sekarang ni bila mak tegur cakap sikit je pon dah kecik ati. Terus lari-lari buat-buat nak kencing masuk bilik air lpas tu nangis. Tengok cite hindustan yang jalan cerita tak logik tu pon boleh nangis. Tengok citer papadom lagi lah. Banjir panggung. Tapi tu semua macam benda remeh-remeh je kot. Membazir je nangis. Bila ada event yang lebih serius sedih gila jadi, tak menitik la plak air mata ni ha. Bergenang pon payah.

Bukan tak sedih, tapi dah mata ni tak berair takkan nak tonyoh-tonyoh ngan cili pulak. Lagi satu kalau aku tak rasa sedih or tak nangis tak bermaksud aku ni keras hati. Tak simpati. Takde perasaan.

Kalau aku break-up dengan boyfren pon aku tak nangis tak bermaksud aku tak sayang. Dah ko nak sangat pergi kat pompuan lain. Pergilah. Aku tak rugi.

Bila pakcik aku meninggal aku tak nangis, bukan sebab aku tak sedih. Bukan aku tak simpati, Tapi aku rasa dia pergi lebih baik daripada dia hidup. Lama dah dia sakit terseksa. Takdir Allah semua tu.

Bila atok aku balik dari haji hari tu aku tak nangis. Kenapa nak nangis. Bukan ke dah selamat sampai. Sayu tu memang ada tapi orang ramai kalut-kalut kat airport tu, takde feel lah nak nangis.

Aku tak suka orang pura-pura depan aku. Aku lagi tak suka orang yang judgemental. Air mata aku suka aku lah nak habiskan kat mana. Kat cite hindustan ke kat novel jiwang ke. Kau apa kesah.

Friday, December 25, 2009

Pathetic Me

Followeeeeeeeeerrrrssssssssssss.

Bayangkan aku constantly sengih time tulis post ni.

Hihi dah lama ber-blog baru perasan dah ada 6 followers. Terus je letak gadget follow kat sebelah ni.

Tiba-tiba rasa terharu. Ada orang follow weh. Whenever I write I always have silly monkey wearing a helmet drinking soda telling me in my head, noone's gonna read your blog. Takyah tulis panjang-panjang la weh. Syok sendiri padia. Terus blank tak tau nak tulis apa.

Now i have followers, and 6 of them, i feel honoured. Weeeeee =) Its great when you feel appreciated right. So, this is how i appreciate my followers. Thank you for making my day. Its the small things that make our life meaningful. really.

Owh i'm so happy.

Tuesday, December 22, 2009

Tiada Berfungsi

hari ni tiba-tiba aku rasa benci dengan semua orang. Bukak blog orng ni aku menyampah. Bukak blog orang tu aku menyampah. Tengok status facebook orang tu aku rasa nak pecahkan muka dia. menyampah. Tengok gambar-gambar pompuan cantik ambik gambar sendiri then upload, aku jadi benci. Tengok komen gambar orang ni aku nak termuntah. Semua orang tak betol.

Duduk rumah dan tak bergaul dengan orang ramai buat aku jadi macam ni. Otak tak berfikir dengan waras. Asik nak marah je. Duduk kat rumah ni, penyangkut baju pon kene maki dengan aku.

Marah semua tu cemburu agaknya. Cemburu orang lain have something to do with their life today. Aku dok rumah bergaduh dengan penyangkut baju. wth.

Nak pegi sana sini buat itu ini semua pakai duit. Duit tu kalau tumbuh kat pokok depan rumah takpe jugak.

merungut pun tak guna. Dah. Nak pegi tolong mak aku masak. Walaupon mak aku selalu cakap "takde apa dah nak tolong. semua dah siap." Aku rasa tak berfungsi sebagai seorang manusia sekarang ni.

Saturday, December 19, 2009

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri

Last time timbang turun 0.5 kg sebab tak lalu makan. Sakit lidah. Selalu sangat tergigit lidah. Gigi besar sangat. Makanan kat rumah pulak memang ngetop lah mak masak. Tu yang gelojoh bila makan tu, sampai tergigit lidah.

2 3 hari jugak lah tak makan. Ibu dah susah hati nasi kat periuk tak luak. So taknak bagi ibu susah hati, kuatkan jugak semangat makan nasi dengan kerabu mangga. Ibu senyum. Terus tambah lagi sepinggan. Habis. Aku memang anak yang baik. Aku tau.

Last time timbang tu is 5days ago. Sekarang berat maybe dah naik another 3kg. I wish I am the biggest loser Asia. Pfft. Yes you are the biggest loser nabilah. Big fat loser with zits. Gemuk dan berjerawat. Nice. Combination untuk kawin lambat.

Its the inside that matters? Not the outside? Yea right! (sarcasm in case you didn't notice)


Post's title macam takde kene mengena.

Suami isteri memanglah ade gigit-gigit lidah. tak ke? XD

Sunday, November 22, 2009

Birthday Suprise

Sweet tak bila bangun pagi nak tengok jam pukul berapa tiba-tiba ada orang letak gambar ni kat desktop as wallpaper. Pegi ambik air sembahyang pon senyum je.

Wa, love u too! =)

Wednesday, November 11, 2009

Sampah

Sekarang dah wujud beribu mungkin berjuta blog. Kalau nak dikategorikan, memang macam-macam kategori. Kategori kelakar, kategori bercakap tentang diri sendiri, kategori depress, kategori gosip , kategori kutuk orang, kategori sastera dan tak ketinggalan kategori sampah, macam blog yang korang tengah baca ni.

Eh memang tujuan aku nak wujudkan blog kategori sampah. Memang itu niat aku memula. Waktu nak buat blog ni aku sempat niat, "Sahaja aku buat blog ni untuk dijadikan sampah"Suka hati lah. Baideway, aku je yang boleh panggil blog ni sampah, yang lain boleh shadap.

Other than that, blog ini juga bertujuan untuk merakamkan segala suka duka pahit maung manis masamnya kehidupan aku. Bak kata orang tempat meluahkan perasaan. "Eleh, macam lah ade orang nak baca woi" mungkin itu yang terlintas dalam fikiran anda semua. Nak tau apa yang terlintas dalam fikiran aku? " Woi aku ade keluarkan arahan suruh ko bace ke weh! Tak nak baca belah/blah la weh! Yang ko baca apehal weh!"

Jadi berbalik kepada objektif kedua menulis blog ini, maka saya hendak merakamkan bagaimana perasaan saya selepas menjawab kertas pertama Peperiksaan Akhir Semester Julai09 tadi iaitu kertas Kebarangkalian dan Statistik. Perasaan saya ialah....

Ermm ok je.


Ok Off record. Dah habis rakam

Tuesday, November 10, 2009

Esok Kan Tiba

Esok saya exam, jadi malam ni saya takut.

Takut buat apa. Exam je pon. Bukan Hari Kiamat.

Memangla bukan Hari Kiamat. Tapi rasa macam hari nak Kiamat woh.

Sepatutnya kalau takut pegilah stadi. yang pegi blogging ni apehal lak an?.

Takut sangat sampai takleh nak stadi.

Alasan.


OKlah nak stadi lah. Bai.

Blah camtu je. Biadap tol pompuan ni.


Ini ialah monolog dalaman. Jangan makan dalam. :P

Sunday, November 1, 2009

KE LU tak ada h-ARGA ?

This weekend, decided nak balik rumah. So, here i am, at my atok's home, and it feels great. Arrived on Saturday 530am, and going back tonight Sunday,9pm. Kejap sangat. Memang tak puas. But I really need to be with family right now. Just to remind myself, family will always be my sweetheart.

Walaupun banyak misunderstandings happen this couple of days, here in this home, still rumahku tetap syurgaku. well in this case rumah atokku tetap syurgaku. Banyak sangat awkward moment yang jadi 2 hari ni. But being me, aku buat tak kesah je. awkward pon awkward la. Plus, all the arguing does not involve me. So, jangannak menyibuk-nyibuk.

When it comes to family, we are all children at heart. Got this saying from GossipGirl. And totally agree with this. Tak kesah la kalau ko dah jadi mak orang ke bapak orang ke, bila related to family matters, still nak argue lke a child. Rational ke tak rational ke, doesn't matter.

Kecik ati ngan mak bapak ke, merajuk ke, competing between adik beradik ke, feel ignored ke, feel left out ke, feel unfair ke, semua tu kita tak rasa time kecik-kecik je. Dah besar ni pon, sikit mesti ade perasaan macam tu. Cuma, bila dah besar ni, we feel that way in a bigger sense. Bukan over hal-hal macam, icecream ko lagi mahal, or baju raya ko lagi cantik, or tak dapat numbersatu dalam kelas macam kakak tu.

Jangan ingat being the only child takde competition ok. I have a parents that only wanted the best for me. But to be the best, you have to strive towards it. Malangnya, i dont have that kind of drive towards success , so my parents have to always push me. And i'm glad they did that. The only thing that sometimes hurt me is that they always compared me to anak orang lain. or even my own friends. Konon as a motivation for me. Dan aku pon selalu la terus tak puas hati dengan si polan si polan sebab mak aku selalu puji dia. Mak buda tu plak menambah-nambah lagi puji anak dia. Bikin gua panas an?

Tapi tu lah. Sakit ati sakit ati pon mak sendiri. Ayah sendiri. Terima je weh. Takyah jadi anak derhaka la weh. We teenagers (erk teenagers ke) always think our parents don't understand us, well maybe its time for you to understand them. Even if you think they are a little bit annoying sometimes, ko time kecik-kecik dulu lagi annoying kot, melalak tak tentu pasal. Boleh je mak bapak ko bela sampai besar gemuk cam sekarang. So, bersyukur.

All in all, happy to be home. Walaupon test melambak weh!

Adios.

Thursday, October 15, 2009

Petunjuk

otak kacau
jiwa kacau
attitude kacau
rohani kacau
jasmani kacau

Ya Allah, tunjukkan kami jalan kebenaran. Bukakan bagi kami jalan petunjukMu.
Moga kami bersama orang-orang yang benar.

Sunday, September 27, 2009

Raya 2009

Since semua orang buat post ari raya, takkanlah aku nak ketinggalan zaman sangat tak buat post hari raya kan? nanti orang ingat aku ni kapiaq la pulak tak sambut syawal mulia tapi sambut krismas pulak. So people, selamat ari raya! Maaf zahir dan batin buat semua yang tersayang. cewah.

Macam biasalah first day hari raya semua orang bersyahdu-syahduan bermaafan sehingga berjujuran air mata sampai hilang habis semua eyeliner dan mascara. Pagi-pagi raya memang bengkak-bengkak mata sampai nak makan ketupat pon dah tak nampak. Sesi bermaafan warga-warga senior pulak berlangsung agak lama la pulak sebab ade skrip mintak maaf in bahasa jowo yang panjang-panjang jangan harap nak faham ape dorang cakap.

Petang raya pertama semua tertido sebab ngantuk nangis pagi tadi. Recover balik bengkak mata i. hehe.

2 3 hari kat kampung, tak beraya ke mana pon. Beraya kat dapur je. Aicewah, bunyi macam sibuk memasak kat dapur je raya ni kan, tapi sebenarnya sibuk makaaan je kat dapur. Sebab tu asyik beraya kat dapur je. Macam biasa kalau ada orang datang beraya, aku pon mentetamukan diri menjamu selera sekali. Bukan apa, tak sopan kalau tengok je tetamu makn. Nanti diorang tak selesa pulak. kan? =)

Baju raya yang dah iron siap-siap malam sebelum raya semuanya kecewa sebab tak pakai pon.

Balik mersing lagi kecewa. Baru dua tiga hari sampai mersing, konon-konon nak beraya, walaupon takdek kawan kat mersing, kene balik kampung lagi. kenduri kahwin la pulak. Tak faham betol. Orang sibuk nak raya dia sibuk nak kawin. Dahla tak jemput aku, jemput mak bapak aku je. Sedih sadis betolla.

Kenapa raya dulu-dulu meriah lagi daripada raya zaman sekarang? Duit raya zaman dulu pon lagi banyak daripada zaman sekarang? kenapa dunia kenapa!!!!!

Tuesday, September 15, 2009

Aku Mahu

nak peluk
nak cium pipi
nak cium tangan
nak sayang
nak dekat
nak bergurau
nak ketawa
nak menangis
nak melayan
nak mengada
nak manja-manja
nak gembira
nak syahdu
nak memaafkan
nak keampunan
nak rindu
nak tenang


aku dah tak sabar.
rumahku syurgaku, tunggu.

ibu ayah,
aku sangat rindu.

Friday, September 11, 2009

Penat tapi Kuat

aku penat. betul betul penat. semua orang suruh aku kuat, tapi aku sudah penat jadi kuat.

ya, aku tahu. orang lain pun penat. bukan seorang aku sahaja. tapi itu orang. aku tetap aku. penat aku, aku yang tahu. siksa aku, aku yang tahu. dan aku tak mahu tahu penat kau orang. aku dah penat untuk ambik tahu. aku dah penat membanding penat kau dan aku.


kuat. penat itu, pada aku adalah sebab malas untuk jadi kuat. ye, itu aku rasa sekarang. malas untuk jadi kuat. aku dah lama kuat. walau kuat aku bukan untuk aku, aku tetap kuat. dan kuat aku, aku sendiri. aku tidak kuat sebab berdua, dan tidak kuat sebab beramai. aku sendiri. dan bila aku jatuh, aku kuatkan diri. sendiri.


kasihan seorang abil. aku hentam jiwanya yang lemah bagi kuat! macam bagi training untuk bertempur. aku ajar jiwanya jadi keras. jadi kebal pada apa pon. tapi sekarang mungkin abil dah penat. tak mampu lagi jadi keras. tak mampu lagi jadi kebal. gagalkah dia?


salahkah aku kalau aku lembik. jadi abil tak boleh lembik langsungkah? apa ni lembik-lembik. kalau lembik-lembik mana boleh berjaya. orang malas je lembik-lembik ni.


ah peduli. aku penat. aku mahu jadi lembik. jiwa aku mahu berehat. jangan dipaksa, jangan diseksa.


Tuesday, September 8, 2009

Friday, September 4, 2009

Updating Myself

1. Sudah berpuasa selama 13 hari, eh tak 10 hari je. hehe.

2. Ada dua tests minggu hadapan. MED dan Heat Transfer. owh heat transfer. (-_-")

3. Sila basuh kereta sebelum balik untuk mengelakkan bebelan panjang atau sarcasm yang makan dalam sebelum raya nanti. Contoh - contoh "ni kereta ke lori kelapa sawit?" atau "bela ayam ke dalam kete ni?" atau " tau tak macam mane nak basuh kete?". ok cukup.

4. Ada banyak subject yang ada project tapi tiada meeting lagi dijalankan. risau kot. haih.

5. Berharap dapat banyak duit raya tahun ini. Sila jadi bermurah hati dan bagi aku duit raya.

6. Jangan asyik ingat nak raya, dan lupa nak beribadah lebih sikit bulan puasa ni. Sibuk kejar raya, rahmat yang ada di bulan Ramadhan jangan di lupa. Bukan mr. Rahmat Iskandar lecturer mechy tu ye.

7. Tiada study week. Ffffuc- ok tak boleh cakap. Kurang pahala puasa.

8. Sila banyak bersabar dengan perangai orang yang macam - macam di bulan puasa ni. Bukan ke sepatutnya kita berbaik-baik di bulan puasa, bukan simpan dendam di dada dan buat-buat tak kenal bila jumpa. (-_-")

Salam Ramadhan. Kalau nak buka puasa tempat sedap - sedap, jangan buat-buat lupa nak ajak aku ok! ciao!

Friday, August 21, 2009

Bulan Untuk Umat Islam

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Amin.


Saya betol - betol rindu rumah saya dan isi kandungnya. Salam ramadhan ibu dan ayah.

Tuesday, August 18, 2009

Perfection

tengah layan lagu Yuna, Greek Goddess

"you are engineered to perfection"

yes. everyone loves a perfection. even if you know you can't have it. even if you said you don't mind being with someone imperfect. but comparison is easily done when you have had a perfection. (cilok lagu katy perry hehe)

what is perfection anyway. isn't it subjective?

i think you are the perfect one for me , well some people don't think so.

Friday, August 14, 2009

Percubaan

bila aku datang kau pergi
bila aku pergi kau datang
bila aku mengharap kau hampakan
bila aku hampa kau beri harapan


bila aku jauh kau cari
biar dekat
sudah jumpa kau biarkan
lalu aku menjauh
namun berharap kau masih mencari


bila aku dan kau mahu
kita berusaha tanpa rela
kita berusaha niat mencuba
berusaha tanpa seribu daya
berusaha dengan seribu dalih

namun mungkin takdir yang tahu
kisah terbaik kau dan aku
tiada takdir yang aku sesali
hanya menunggu aku mampu



pesanberpesan: bila dah takde keje. haha.

Thursday, August 13, 2009

Bencilah

sakit hati dengan orang yang makan macam raksasa tapi maintain kurus macam lidi.




benci.

Wednesday, August 12, 2009

Epilog Anak

kalau ditanya apa aku mahu ubah tentang hidup aku, aku akan ubah yang aku adalah anak tunggal. ye. aku nak ada adik beradik. kalau korang kawin nanti beranak la banyak - banyak. kesiankan lah anak tu. bagi la dia adik ke , abang ke, kakak ke.

bila orang tau adik beradik aku ada kosong orang kesemuanya, respon yang biasa, "eeee bestnya anak sorang. mesti semua dapat kan." hello. bapak aku tidak berkerjaya sebagai pengecop duit untuk bagi aku apa je yang aku nak dalam dunia ni. hanya kasih sayang yang tidak berbelah bagi je yang aku dapat. of courselah kan. dah dia nak belah - belah bagi kat sape pulak. dah aku sorang je anak dia. =)

jadi anak sorang ni menyebabkan aku selalu lupa nak mengajukan soalan berbentuk begini kepada orang yang baru nak berkenalan.

"awak ade berapa orang adik beradik? awak anak nombor berapa?"

aku selalu membayangkan semua orang pon takde adik beradik. ex boyfriend aku ada berapa orang adik beradik pon aku tak tau lagi sampai sekarang. betol - betol lupa nak tanya.

lagi satu aku paling tak ingat bilangan adik beradik kawan - kawan berapa orang semua. birthday ke, nombor kad matrix ke, nombor telefon ke, sain korang cemana ke, semua tu kacang je aku nak apal. tapi kalau buat kuiz cepu emas ada berapa orang adik beradik memang kantoi. semalam i call u, u tak ade. ok tak perlu nyanyi lagu zee avi.


sangat sedih tau mempunyai ahli keluarga yang bilangan paling sikit ni. bila hari raya, semua orang tengah siap - siap nak beraya, yang adik beradik ramai tu haruslah bergaduh kan nak decide nak pakai baju colour ape hari ni. yang kecik - kecik semua kena beratur tunggu mak pakaikan baju. mengada taknak pakai sendiri. aku, ibu and ayah akan duduk diam - diam sama - sama tunggu semua orang siap baru boleh bergerak sama - sama. kadang - kadang sampai hilang mood aku nak kutip duit raya sebab lama sangat tunggu. cair makeup I.

lagi satu kalau balik kampung, semua nak duduk ikut adik beradik masing - masing. aku selalu kena tak-malukan- diri pergi kepada kelompok - kelompok yang sudi menerima kehadiranku. kalau takde yang sudi menerima aku pegi main pondok - pondok dengan budak - budak 5, 6 tahun. tu pon kadang - kadang kena halau. tak 1Malaysia langsung diorang ni. duduk je lah sama - sama.

lagi satu kalau takdek duit. kalau ada adik beradik ni bolehlah jugak mintak bantuan kecemasan daripada akak abang kan. malangnya terpaksa jugak buat muka kesian mintak duit kat ayah. rasa bersalah woh asik mintak duit je.


banyak lagi dilema anak sorang ni sebenarnya. kalau bil tepon naik mesti aku yang kena. kalau biskut dalam tin habis pon aku jugak yang kena. haih, tak de orang nak mintak tolong cover. banyak lagilah dilema anak sorang nih.

so, dah kawin beranak banyak - banyak ok? haha.

Monday, August 10, 2009

Life is Complicated

aku bukanlah mengeluh, cuma kenyataan. tapi betul ape. complicated kot hidup ni. okey fine, maybe ada orang akan cakap kau yang buat hidup kau jadi rumit dan kompleks. fikir yang simple - simple ajelah. kenapa nak fikir yang rumit-rumit dan kompleks.

hello bro, hidup kalau asik nak senang je payah gak uh. kau tau hari - hari isap rokok lepak cc main game je bolehlah. aku rase semua orang berdepan dengan situasi ini. complicated. abang yang nak lepak kat cc tu pon sebenarnye pening gak fikir cemana nak ilangkan addiction main game dia tuh. kalau ditanya, bang sampai bila nak main game je bang, bila nak carik keje? mesti abang tu pon sebenarnya ade hati nak berubah carik keje, tapi dia still jugak masuk cc main game. nak ilangkan tensen tak dek kerja katanya. complicated kot. tak ke?

bagi aku memang hidup ni complicated.

jadi mak, kalau garang anak cakap mak kejam. kalau baik sangat anak pulak pijak kepala. tak hormat orang tua. complicated. kan?

jadi anak tak boleh melawan. nanti derhaka. nanti anak kau pulak yang derhaka dengan kau. ah pulak, anak aku belum lahir lagi dah kene fikir nanti dia derhaka ke tak. complicated. kan?

jadi kawan kena jaga hati kawan. habis sape nak jaga hati sendiri asik jaga hati kawan je. baik sangat orang pijak - pijak. jadi jahat orang tak nak kawan. complicatednya.

jadi girlfriend pun susah. itu tak boleh ini tak boleh. kalau tak dengar cakap tak sayang. kalau dengar melebih - lebih pulak. bosan lah nak fikir.


diulangi, bukan mengeluh, cuma menyatakan. life is complicated.

Sunday, August 9, 2009

Bila Tiba-tiba.

i think ive been dishonest the most this year. and that has made me hurt lots of people. i dont even think im being honest with myself. if there's a competition for the most dishonest person exist, well ill be the most qualified organizer for this competition. and ill be the winner of course.

at the moment i thought not telling the truth will make me feel better. well it did. for almost a minute. but then you gonna regret it. i tell you, its gonna hunt you down baby! that dishonesty or simply called lie will haunt you every single minute in your life. ive been keeping a lot to myself lately and not being really honest to myself, to people around me, and to people who love me.

i thought i would spare their feelings if i cover up the truth using less-true words, but it will just hurt them more when they knew it by themselves. and to tell you the truth, at some level im actually relieved that he/she knew it by themselves. but the regrets and humiliation of not being totally honest is far more painful than real truth it is.

well, i learnt my lesson. truth may made you look and feel stupid. but im okay with stupid, as stupid made me learn more things. truth may make you call me a mean person. well, thats who i am. there are some things i cannot tolerate. truth may make me a hypocrite. well, who is not? truth make me a calmer and happier person.

so just let it out. let them hear you. let me hear you. let us be a happy person. i am now trying to be a happy person. honestly happy person inside out. not just people-see-me-happy-but-i-am-dying-inside happy. real happy.

yes truth hurts, but i am willing to bear that hurt and make time to heal it.

honesty is the best policy! adios

Saturday, May 23, 2009

how much is too much

Akhirnya, habis gak final exam bagi semester july 2009 di universiti teknologi petronas. Reaksi normal untuk orang yang over acting cam aku ni, kalau da habis exam sepatutnya ialah menjerit "woohoo!! aku da habis paper oi!! sukenye weh! suke sangat ni weh!" tapi aku tak berperasaan pon sebegitu. Aku tak tau lah kenapa tak berapa nak happy. Lega mungkin, sebab da habis segala dugaan dan cabaran menghadapi exam, but happy? Macam tak je.

Adakah sebab aku tak buat betul-betul exam kali ini lalu membuatkan aku rasa cam nak buat lagi sekali exam nih? Ouh how i wish i can turn back time. haih. Atau mungkin aku sebenarnye tak berani nak happy-happy sangat takut nanti result exam keluar aku bersedih-sedihan pulak. Hesh takutnya! *sambil tutup telinga*

Aku bengang betul kalau ada soalan yang jalan kerja nak kira jawapan tu takdelah panjang sangat tapi bagi sampai 10 markah. Benda ni membuatkan aku rasa was-was la dengan jawapan aku. Cukup ke ape yang aku buat nih. Tang mana yang 10 markah tuh. Kalau nak tambah, ape lagi yang aku nak kene kira. Hesh. Tak tenang jiwa raga aku time exam tu tau tak.

Lagi satu kalau dia saja je letak information yang sepatutnya takyah pakai pon dalam pengiraan tu. Tapi dia saja je letak atas tujuan.. aku tak taulah apesal dia letak. Memang saja dengki ngan aku kot. Saja nak bagi aku confuse dan nak suruh aku menjerit "weh! mana satu yang aku kena masukkan dalam rumus ni weh! aaaaaaaa (sambil guna suara dalam perut)" time exam tu.

Mungkin orang lain rilek je buat, dan kalau aku betul-betul jerit dalam exam hall tu mungkin diorang akan respon "yang ko tak buat latihan sape suruh bangang. bising ah ko jerit-jerit" oi aku buat la. Tapi mungkin tak banyak macam korang. Aku pon buat soklan yang sama lah macam korang. Tapi sebab dah namanya final exam, dia punye psycho tu lain bro. Kalau time buat exercise rilek-rilek sambil makan cikedis dalam bilik tu sure-sure la aku boleh score soklan ni. Kau letaklah banyak mana info pon, aku tau nak pick yang mana and put it in right places. aicewah.

Tapi bila time exam nih, air-cond exam hall tu punye sejuk je dah buat aku rasa macam nak guling-guling nangis kat depan tuh. Cuak. Kau lagi nak confuse2 kan aku. haih. Memang confuse habis uh jawabnya.

Mungkin aku dah terbiasa jawab exam style pmr punya pend. islam. Cikgu cakap kalau ade 4 markah kena bagi 4 point. So kalau ade 10 marka, kena ada 10 tanda rait(right) kat jawapan kita baru dapat 10 markah. Sebab tu lah kot.

Lagi satu, mungkin dalam otak aku dah set mind, no careless mistake. careful. So aku jadi terlalu berhati-hati, sampai aku terlalu take serious at every information available.

Seorang senior aku time jenan dulu baru je tulis post pasal overstudying. They studied too much untill they messed up on a very simple and straight forward question. Since there's too many information available in their heads. Yang tu pon boleh jadi sebab jugaklah, tapi bukan untuk aku kot. aku bukan overstudy, tapi not-enough-study. hehe.

Whatever it is, it's over now and im just hoping for the best. Adios!

pesanorangtue: kalau nak doa kita dimakbulkan kita kena doakan untuk kejayaan kawan-kawan kita jugak. sama2 kita berdoa yek.

Friday, May 15, 2009

kalaulah.

lunch untuk minggu ini:

roti and peanut butter,
air kotak yeos perisa laici


kalau gour cakap aku gemuk jugak aku nak sumbat dia dengan peanut butter. haih.


pesanorangtue: kalaulah berat aku 50kg je. haih.

Thursday, May 14, 2009

berbudi bahasa amalan kita.

gara-gara white coffee anney, malam ini aku tak boleh nak tdo. semua orang dah tido. cis! bangunlah woi korang. teman aku weh. jangan arap la nak bangun. huh.

tadi pegi irc (information resource center) mengada utp nih, irc konon, library sudeyh. gado lagi dengan pak gad. hangin btol aku. dia cakap aku ni harap je balajo tinggi tapi takde budi bahasa. kau tengking-tengking aku kat irc dengan tujuan untuk memalukan aku tu berbudi bahasa sangat ke! shizo punye pakgad (shizo-credit to pemberita yang cool,erk cool ke?). dengar cite member aku pon kene tengking gak ngan die malam nih. patotla waktu nak balik tadi nampak kau duk tersandar kat sofa irc tuh. penat tengking budak rupenye.

dipendekkan cite balik bilik aku pon melepaskan keluh kesah kepada roomate aku pasal hal nih. dia pon penah kena sound gak dengan pakgad ni and dia pon melawan gak. satu ayat die yang buat neuron-neuraon otak aku nih mengecas ialah bile die cakap "zaman sekarang nih takleh nak berbudi bahasa sangat, nanti hak kite orang lain ambik".

aku mengaku aku memang melawan cakap pakgad tadi tuh. memang logik jugak kalau dia nak cakap aku ni harap belajar je tinggi tapi budi bahasa takdek. tapi aku melawan sebab aku rasa dia takde hak nak tengking-tengking aku macam tu. dan aku berhak mempertahankan yang aku tak bersalah. sebab semalam aku pegi irc pakai sandal yang sama tak kene tahan pon. adakah semalam perkara yang aku buat tu betul tapi dalam masa sehari dunia berubah dan aku tiba-tiba bersalah. so aku tiada hak ke nak mempertahankan yang aku rasa aku tak bersalah. dan perbuatan aku mempertahankan hak aku tu dikira tak berbudi bahasa. pakcik, walaupon saya kene tengking dengan pakcik saya masih mengontrol volume suara saya ye. kalau saya ni kurang ajar saya dah cakap macam ni,

"suka hati kau je nak cakap aku ni takde budi bahasa, kau tengking-tengking aku dah budi bahasa sangat ke. baru jadi pakgad dah suka-suka nak tengking2 orang. tegur elok-elok la bro. camharam la perangai kau ni " dengan menggunakan volume yang paling tinggi.

itu kalau mak bapak aku tak ajar aku la. tapi sekarang ni cite die lain. aku melawan apa yang aku rasa aku betul je. suara tak tinggi pon. lemah lembut je, ok takdela lemah lembut tapi kira bersopan jugak la. so perbuatan aku tu mempertahankan hak ke bersifat kurang ajar? kalau aku salah fine la aku mengaku aku salah. aku bukan bodoh tak tau yang mana salah yang mana betol.

kalau ada cikgu tuition yang dah dibayar untuk mengajar budak-budak tapi die tak mengajar,datang kelas terus tido, then ada budak cakap, "cikgu, cikgu tak takut ke makan gaji haram yang cikgu dapat sebab tak mengajar kami. keje nak tido je. baik cikgu berenti keje je lah cikgu. bazir duit mak bapak saya je bayar kalau cikgu taknak mengajar" budak tu kurang ajar ke berani?

kalau aku ada anak macam tu aku nak bangga ke nak bagi die pelempang? tunggu aku ada anak nanti baru aku jawab soklan ni. ah aku dah ngantuk.

so actually, masuk irc boleh pakai sandal ke tak? mpp please clarify this matter. mpp. ni lagu satu shizo! lain kali aku cite. huh.


pesanorangtue: semoga aku tak kene sumpah dengan pak gad tu tak dapat jawab exam nant. amin.

Wednesday, May 13, 2009

ayah

"adik jeeha(adik-sepupu-aku-darjah-dua-yang-tau-nak-jalan-jalan-shopping-je), ko bile nak benti isap botol nih? da darjah due pon isap botol lagi. tak senonoh btol"aku ckp

"eh suke kite la!" nyot2 aku tngk die isap botol tuh. nasib baik cute. kalau tak dah tembak dah muka budak kecik ni.

tiba-tiba bapakku bersuara

"adik, nak tau tak?"

"nak nak!" sambil buat muka excited. eleh belakon je tu. bodek bapak aku nak bawak jalan-jalan la tu. huh.

"dulu kan waktu kak long kecik-kecik umur die due tahun kan dia menyusu ngan mak eton kan. lepas dah dua tahun tu ade satu time tu die asik nak menyusu je. selang lima minit nak menyusu. selang lima minit nak menyusu. habis tu mak eton bawak la pegi jumpe wak kaipah nak sapihkan menyusu badan nih. macam-macam la die suh buat. suh cat tetek tu warna merah la. letak ubat bagi pahit la. sebab tanak bagi kaklong ni isap tetek dah, nak bagi die lupa. pak ngah kesian btol dengan kak long ni time tu. yelah nak menetek tak dapat."

sebak la pulak aku ayah aku kesian kat aku. hehe

"nak dijadikan cerita satu ari pakngah ni baring-baring la kat bawah ni kan. macam sekarang ni tengah lepak-lepak baring ni"

"lpas tu pakngah?" excited lebih plak bdak kecit ni

"kak long plak tengah main-main la berangan cakap sorang-sorang kat sebelah pak ngah. sekali bile die nampak je pakngah baring tak pakai baju die terus gigit isap tetek pakngah. pakngah punyelah terkejut terus terbangun, terus tibe-tibe boleh buat sit up! dah isap tu taknak lepas plak tuh. mak eton pon terkejut gila uh tengok kaklong isap tetek pak ngah. pakngah rase macam nak nangis btol sebab kesiankan anak pakngah ni dah gian sangat nak menetek tak dapat. kesian btol. sedih betol lah. tak sangka sampai macam tu sekali dia punya gian nak menyusu."

adik sepupu aku yang memang sengal nih gelak nak mampus dengar citer tuh. lepas tu die bangun dari situ. dari jauh aku dengar die cakap "ibu, tau tak dulu kaklong penah isap tetek pakngah" sengal adik, bagitau kat mak die plak. tak lama lepas tu aku dengar lagi " ayah tau tak kaklong penah isap tetek pakngah" lepas aku dengar tu aku memang terus bangun dari situ belasah budakkecit tu. berani dia memalukan aku. huh.





ayah.

selamat hari jadi.

thanks for being my ayah.

pesanorangtue: tolong bayangkan aku masih kecik lagi umur due tahun masih comel lagi mase isap tetek tu ye. haih.

Thursday, April 16, 2009

trauma

sebaik sahaja aku keluar dari teratak ku di perkampungan4, kelihatan seorang makhluk berseragam biru, berperut buncit, dengan khusyuknya menulis sesuatu di atas sekeping kertas. lalu diselitkan kertas tersebut di bawah wiper kereta kancil comel berwarna putih. sah saman!

kasehan, detik hatiku.

kemudian ku lihat makhluk berbaju biru tadi menuju ke kereta lain. dari pemerhatian ku, arah tujuan langkahan kaki makhluk tersebut seperti ke arah sebuah kereta wira biru, BEE1008,

macam kenal.

kereta aku!! no no no no no no no no no!! nooooooo!!

kawan aku yang sangat supportive, shak(bukan nama sebenar) berkata yes yes yes yes yessss!!
siot! die memg suke kalaw aku takde duit. cisnan!

lalu aku berlari mengalahkan kelajuan flashman menuju ke kereta ku. pakcik!!! jangan pakcik jangan!!!! jeritku bersungguh2.

"ha parking tempat elok-elok la, main parking je kamu ni" ku dengar makhluk tersebut berkata-kata.

phewwww!! selamat 30rnggit

"pakcik trauma nampak kereta parking merata ni"

wth! kau ke yang trauma?

"pakcik, saye yg trauma tengok pakcik nih"kataku

"pakcik jalankn tugas pakcik je" jawab makhluk itu

"kalaw camtu kami ni trauma dengan tugas pakcik tu!!" jawab shak(bukan nama sebenar)

trauma tu maksudnye ape? apesal pakcik ni plak yg nak trauma. tsk tsk.

pesanorgtue: shak tu memg btol bukan nm sebenar. die tak wujud pon sebenarnya. mungkin dia cuma imaginary friend saya.
ain't karma a bitch ?

xoxo,


pesanorgtue: dedicated to my roomate.haha =)

Wednesday, April 15, 2009

gara-gara degil

RM270.00 tunai

Ape yang aku boleh buat dengan rm270

topup rm30 9kping
mkan lunch yg berharga rm3 selama 90 hari
isi minyak kereta kat petronas sebanyak 150L

boleh tambah masuk dlam tabung aku nk bli camera

boleh cover duit aku nk repair bumper kete aku cedera

boleh belikan barang2 dapur untuk mak aku
boleh tolong completekan ayah punye collection sport car yang dapat kat shell tu
boleh menderma untuk anak2 yatim
boleh belanje kawan2 makan
boleh tukar seat kete (2nd hand pon jadila)
boleh buat beli buku fluid


malangnya. duit tu telah berjaya melunaskan saman-saman yang diperolehi di Universiti Teknologi Petronas ini. macam haram. nak bayar secara ansuran pon tak boleh. ye ye aku tau, memg salah aku parking suke hati, pastu selalu masuk roundabout salah arah (ornag masuk belah kiri aku ptong masuk belah kanan) . utp ni dah gawat dah takdek duit sangat la tu. huh! oleh kerana duit pon dah takde tak dapatla nak blanje kawan2 saya makan. lepas ni kalau waktu korg makan aku mintak sikit jangan halau yek. terima kasih.


pesanorangtue: saya nak beli tabung!

Friday, March 20, 2009

perkara-perkara yang saya patut buat

basuh kereta
check kereta
basuh baju
keringkan baju
lipat baju
isi minyak kereta
kemas beg
makan malam
assignment/lab reports


tapi perkara-perkara yang aku buat dari td
layan movie
layan series
layan facebook
layan blog
layan game
layan tido~!!


get up now!!!

gadis melayu tulen.

internet yang sangat menguji kesabaran aku akhir-akhir ini menyebabkan semangat aku untuk memberikan perhatian terhadap blog ini terkubur begitu sahaja. ini pun adalah atas jasa baik housemateku yang menidurkan drinya bg memberi laluan untuk aku menggunakan laptop beliau. hehe. aku tau dia tak kesah. sebab dia tak tau pon aku guna laptop dia, so camne dia nak kesah. hehe =)

akhir-akhir ni mulut aku ni asik la mencarut. dulu ade jugak mencarut, tp sekarang ni selang 2, 3 perkataan yang keluar dripada mulut aku ni mesti ade perkataan yang kurang sopan terselit. mungkin takdek orang kisah pon kalau tahap carutan aku yang skarang ni melebihi tahap carutan yang dulu, tp aku kesah. aku takut terlepas depan mak bapak aku. call me a hypocrit, but its true. aku memang kuat berlakon depan mak bapak. yelah, anak diorang aku sorang ni lah, kalau aku tunjuk perangai buruk aku depan-depan diorang, tak ke hancur luluh jiwa raga mereka bila anak perempuan yang dididik dengan penoh kasih sayang ni mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun nyonya tua naik basikal yang tak sabar-sabar nak melintas smpai aku kena brek emergency, menyumpah seranah lalat yang suka-suka masuk dalam cawan nescafe aku yang masih penuh, mencelakakan iron baju yang mnyebabkan tdung bawal yang aku kibau daripada mak aku terbakar. tak elokla kan mcm tu.

oleh kerana cuti pertengahan semester hampir tiba, aku harus membuat persediaan menahan diri dari mengeluarkan kata-kata kesat. tambahan pula, aku sendiri telah mendapat kesedaran setelah terlihat gadis yang bermuka sopan dan ayu, bertudung litup (litup maksudnya tak selempang tudung ke belakang mcm aku selalu buat),memang seswai buat menantu, mencarut , menyumpah , menghamun, dan mensialkan ex bfnye dengan frekuensi suara yang agak tinggi. buruk weh. aku takdela kesah sangat kau nak mncarut, tp pelan-pelan sudah. buruk weh. malu kat makcik ngan pakcik yang bawak anak2 dorang makan kat ctu. kalaw anak2 dorang da besar kuat mencarut, sume punca belajar dari mulut kau la. jadi aku membuat keputusan berhenti mencarut. bukanla berhenti, kurengkan sket.

so, aku mencadangkan kepada roomate aku yang boleh than gak mulut die untuk : wujudkan satu tabung, di mana setiap perkataan carutan yang keluar daripada mulut kitorang akan didenda 5cents per word.(ekonomi merudum, 5sen tu kire mahal ok) kami akan berusaha ke arah menjadi gadis melayu tulen yang tidak mencarut~!! aku ingat kalau bnyak duit tu nant nak derma kat anak yatim, tp tak berkat la plak nant. =)

the problemo is, bila aku rase nak memaki hamun orang, aku akan masukkan lets say 50cents just untuk melepaskan makian dan hamunan aku terhadap orang-orang tertentu. 50cents means 10words. thats still a lot of cursing! so mcm no point je bwat tabung tu. still cursing, but only for limited numbers. kire okeyla tu kot. sekurang-kurangnya, lepas aku menyumpah-nyumpah tu aku menyesal sebab dah burn 50cents. kalau kumpul 50cents tu dah boleh buat basuh baju kat washing machine. hehe. so kire ade progress la tu kan.

so far, kata-kata makian semasa memandu pon sudah berkurangan. hopefully, balik cuti nant, tiada kata-kata nista dan keji terkeluar daripada mulut aku ni. yang ada hanyalah, bahasa berbunga yang indah dan sopan belaka. hehe. tp aku buat semua ni not only for the sake of nak tunjuk baik depan ibu bapaku, tp sebb aku memang nak berubah la weh! buruk beno aku rasa pmpuan mncarut2 nih. bknla aku kate lelaki mencarut tak ape, tp sebb aku ni pompuan, ape aku kesah lelaki pnye hal. haha.

till then! adios

pesanorangtue:tak sabo nak balik!

Thursday, March 12, 2009

Pisang Goreng ke Goreng Pisang

Semalam aku memandu nak pergi beli goreng pisang. Kat depan bank rakyat kat taman maju. Ada orang cakap dekat situ sedap. Aku dan due orang kawan lagi. Mule-mule hatiku gembire
karena dapat mkan goreng pisang!kawan-kawanku pon gembire. Kawan aku asyik dengan lawaknye sendiri. Aku pon layan je la gelak. Ape yang kelaka pon aku tak tau.

Aku usha sekeliling. Awan mendung, langit gelap ,hari pon gelap. Memang sayu ah time tu.

Tibe-tibe aku jadi sayu. Rindu kawan-kawan lama aku. Teringat keseronokan jumpe kawan-kawan lama di p.d hujung minggu tu. Rase mcm nak reunion tiap-tiap minggu!

Rasa mcm nak sekolah balik. Rase macam nak tidur kat atas katil double decker sekolah. Dan makan makanan d.m yang takde khasiat tu.

ye aku rindu! rindu zaman-zaman mude remaja dahulu!Rindu kenangan yang lalu. Zaman usiaku masih ade nombor 1 di hadapan. Zaman mintak duit kat mak bapak lg.

Sekarang dah 20thn! Damn! Kena fikir macam mana nak carik duit minyak untuk minggu nih.
Di kala ini, imej pam minyak di papan pemuka sudah berubah warna menjadi oren! Damn lagi!

pesanorangtue: duit minyak aku oi~!!

Friday, March 6, 2009

confuse

erk!
patotlah post time tak sm dngan waktu Malaysia.
setting time zone salah rupenye.aku ikot time Kazakhstan.
sengal!

highschool dan universiti

4.23am dan saya masih segar bugar,gara-gara whitecoffee specially made for me by my housemate. baru habis makan special meal yang 'dimasak' juga oleh chef trhandal di teratak kami ini. entah kenapa housemate aku ni rajin sangat memasak tngah2 mlm ni.sebab die lapar juga kot.huhu.anyway,thanks babe! teringat post dari blog Melastik Bintang,memg btol.warga Universiti Terlalu Panas ini suke memasak.tengah2 malam pon ade lagi yg memasak.huhu.terharu btol ade kawan yang baik masakkan untuk aku.(suke la tu housemate,aku puji.huh!)

beruntung aku ade kawan yang baik hati macam si chef tu wlaupon dah duk kat universiti.u-ni-ver-ci-ty.ye aku sdah berada di alam universiti.ingtkan dah tak perlu deal dengan highschool crap lg! ingatkan semua org dah matang dan dah tak terbawa-bawa lagi perangai high school tu.malangnya ade lagi org yg tak matang dan bawak perangai korang yang tak berapa nak berkenan tu daripada sekolah menengah smpai la masuk universiti.tak fham betul orang2 macam ni.aku tak kate semua kawan2 aku tak matang.sesetengahnye sahaje.

Come on la,get over yourself! be a man! bak kate comedian favouriteku Russell Peters.haha.kalau dulu kat sekolah menengah kawan tak kejut stay-up nk study,mesti muke muncung setiap kali jumpa kawan tu.dituduhnye kawan tu tanak tgk ko berjaya.last2 ko masuk universiti jgak kan.berjaya kan?. kalaw dulu kawan tu bergurau yang kedengaran agak kasar sket, mulalah terserlah muke kelat ko yang macam buah cengkudu tu.dah masuk universiti ni pon takleh nak fham lagi ke.nak buat muke kelat ko tu jugak ke.kalau dulu,sorang ade masalh dengan geng lain,satu geng jgak lah yang masam2 muke dengan geng lagi satu tu.dah masuk u pon masih nak buat perangai macam tu lg? mungkin semua perkara ini cume berlaku di kalangan pelajar puteri yang memang well known with their sensitivity. come on la,grow up! dah 21thun dah pon.banyak lagi isu2 yang lebih mencabar untuk ditangani.

Bukankah sepatutnya kite dah boleh faham,lain orang lain ragamnye.janganlah asik nak ikut kepala kau sahaja.kalau dalam kepala kau tu ade batu,kau nak suh orang lain isi batu jugak dalam kepala diorang? hebat betol falsafah anda.bolehlah ajar kepada anak cucu nanti ye.Hentikanlah tabiat sekolah menengah ni. aku pon bukanlah dah fully evolved daripada sekolah menengah dulu,but at least im trying. gapo-gapo pun kite kne start dari muda(petikan dari budakkelantan.avi huhu) Bagi aku tak payahla habiskan usia muda kat universiti ni dengan benda2 remeh ni.we should be seizing the day like an eagle.ngahaha!

kepada rakan-rakan,semoga berjaya menempuh alam universiti dengan jayanya! adios.

Wednesday, March 4, 2009

berapa yang ada?

ade 12 je post? hebat abil.pencapaian terbaik setakat ini.
bluergh~!!!

kayakah kamu.

ya. akhirnya aku tergerak jugak nak menaip semula di blog ini. walaupon esok dan lusa ada test tp..kerajinan aku dah berkurang nk study pkul 5pg mcm ni. huh alasan! pkul berapa pon ko memg selalu kurang rajin.haha.

tergerak nak menulis sebb ada sesuatu yang membuatkan aku terfikir.
adekah wujud orang yang tak mahu jadi kaya?. aku sendiri tak tahu sama ade aku mahu kaya atau tidak. bagi aku biarlah tak kaya,cukuplah sekadar dapat mkan pakai yang secukupnya.terfikir pulak,adakah aku mencari alasan untuk tidak mahu berjaya dan mahu menjadi kaya. kaya bagi aku bermaksud ade rumah besar bergendang,ade kereta buatan luar negara 7 8 biji depan rumah just untuk penuhkan garaj je,ade org gaji yg lebih ramai daripada anak sendiri. logikkah kalau aku tak mahukan semua tu?

hari tu sembang dengan salah seorang kawan baik aku.kami baru selesai tngok facebook anak tokey product yang amat femes di malaysia nih. of kos la kitorg tgk gmbr die and bitching about their life yang kaya gile babi tuh.memang kaya.kalau diorg dah kaya mcm tu aku tak taw la mcm mane org paling kaya kat malaysia ni punye kaya. yang aku sedihnya anak2 org kaya ni belajar kat luar negara tp berhubungan sesama jenis.bukan aku menuduh,tp gambar menceritakan seribu kata(a picture says a thousand words hehe) kalau aku nak ckp diorang tu rosak akhlak pon tak melampau rasenye.aku pon takdelah terpelihara sangat akhlak aku,tp sekurang2nye aku tak mencabar hukum Allah dan bercumbuan sesama sejenis,pastu tayang kat org lain. tp itu bkan pointnye.so member aku tu ckap die tak lalu mkan dah sbb down.down kenape? sbb die tak kaya mcm dorg.hahhahah.macam tu sekali die punye effect kat kawan aku sorg nih.

satu ayat die yg aku ingat"aku nak kaya sebb tanak bg anak2 aku rs mcm aku rs skarg" betol jugak. so aku yang memg selalu fikir kebahagiaan org lain dpd kebahagiaan sendiri ni terus rase kesian kat anak2 aku nant kalau aku tak jd kaya. tp kalaw perangai anak2 aku(yg dah kaya time tu) jd mcm anak2 org kaya yg diceritakan td mcm mane? aku sendiri,kuat ke nak menahan godaan wang ringgit dan kemewahan dunia? sebab aku tau diri aku ni,memg selalu lupe bile senang.tiada niat nak mengata anak orang kaya semuanya jahat,dan bukan menganggap kekayaan tu menjadi faktor tumbesaran anak2 org kaya nih,huhu.hanya berpandangan berdasarkan ape yang aku dah pandang.jangan ingat aku ni benci kat org kaya plak.lagi kaya lagi aku suka.haha.hipokrit!

dah penat fikir,aku pon berhenti berfikir.Redha sahaja dengan segala ape yang dituliskan untuk aku olehNya. yang ku tahu hanyalah berusaha~jd marilah kite mengulangkaji untuk test yang bakal tibe.huhu.

p/s:fatin,ni aku dah update~!!hihi =)