Akhirnya, habis gak final exam bagi semester july 2009 di universiti teknologi petronas. Reaksi normal untuk orang yang over acting cam aku ni, kalau da habis exam sepatutnya ialah menjerit "woohoo!! aku da habis paper oi!! sukenye weh! suke sangat ni weh!" tapi aku tak berperasaan pon sebegitu. Aku tak tau lah kenapa tak berapa nak happy. Lega mungkin, sebab da habis segala dugaan dan cabaran menghadapi exam, but happy? Macam tak je.
Adakah sebab aku tak buat betul-betul exam kali ini lalu membuatkan aku rasa cam nak buat lagi sekali exam nih? Ouh how i wish i can turn back time. haih. Atau mungkin aku sebenarnye tak berani nak happy-happy sangat takut nanti result exam keluar aku bersedih-sedihan pulak. Hesh takutnya! *sambil tutup telinga*
Aku bengang betul kalau ada soalan yang jalan kerja nak kira jawapan tu takdelah panjang sangat tapi bagi sampai 10 markah. Benda ni membuatkan aku rasa was-was la dengan jawapan aku. Cukup ke ape yang aku buat nih. Tang mana yang 10 markah tuh. Kalau nak tambah, ape lagi yang aku nak kene kira. Hesh. Tak tenang jiwa raga aku time exam tu tau tak.
Lagi satu kalau dia saja je letak information yang sepatutnya takyah pakai pon dalam pengiraan tu. Tapi dia saja je letak atas tujuan.. aku tak taulah apesal dia letak. Memang saja dengki ngan aku kot. Saja nak bagi aku confuse dan nak suruh aku menjerit "weh! mana satu yang aku kena masukkan dalam rumus ni weh! aaaaaaaa (sambil guna suara dalam perut)" time exam tu.
Mungkin orang lain rilek je buat, dan kalau aku betul-betul jerit dalam exam hall tu mungkin diorang akan respon "yang ko tak buat latihan sape suruh bangang. bising ah ko jerit-jerit" oi aku buat la. Tapi mungkin tak banyak macam korang. Aku pon buat soklan yang sama lah macam korang. Tapi sebab dah namanya final exam, dia punye psycho tu lain bro. Kalau time buat exercise rilek-rilek sambil makan cikedis dalam bilik tu sure-sure la aku boleh score soklan ni. Kau letaklah banyak mana info pon, aku tau nak pick yang mana and put it in right places. aicewah.
Tapi bila time exam nih, air-cond exam hall tu punye sejuk je dah buat aku rasa macam nak guling-guling nangis kat depan tuh. Cuak. Kau lagi nak confuse2 kan aku. haih. Memang confuse habis uh jawabnya.
Mungkin aku dah terbiasa jawab exam style pmr punya pend. islam. Cikgu cakap kalau ade 4 markah kena bagi 4 point. So kalau ade 10 marka, kena ada 10 tanda rait(right) kat jawapan kita baru dapat 10 markah. Sebab tu lah kot.
Lagi satu, mungkin dalam otak aku dah set mind, no careless mistake. careful. So aku jadi terlalu berhati-hati, sampai aku terlalu take serious at every information available.
Seorang senior aku time jenan dulu baru je tulis post pasal overstudying. They studied too much untill they messed up on a very simple and straight forward question. Since there's too many information available in their heads. Yang tu pon boleh jadi sebab jugaklah, tapi bukan untuk aku kot. aku bukan overstudy, tapi not-enough-study. hehe.
Whatever it is, it's over now and im just hoping for the best. Adios!
pesanorangtue: kalau nak doa kita dimakbulkan kita kena doakan untuk kejayaan kawan-kawan kita jugak. sama2 kita berdoa yek.
2 comments:
abil..! sem july 09..? jan 09 kooot.. :P
haha. baru prasan. huhu
Post a Comment