aku penat. betul betul penat. semua orang suruh aku kuat, tapi aku sudah penat jadi kuat.
ya, aku tahu. orang lain pun penat. bukan seorang aku sahaja. tapi itu orang. aku tetap aku. penat aku, aku yang tahu. siksa aku, aku yang tahu. dan aku tak mahu tahu penat kau orang. aku dah penat untuk ambik tahu. aku dah penat membanding penat kau dan aku.
kuat. penat itu, pada aku adalah sebab malas untuk jadi kuat. ye, itu aku rasa sekarang. malas untuk jadi kuat. aku dah lama kuat. walau kuat aku bukan untuk aku, aku tetap kuat. dan kuat aku, aku sendiri. aku tidak kuat sebab berdua, dan tidak kuat sebab beramai. aku sendiri. dan bila aku jatuh, aku kuatkan diri. sendiri.
kasihan seorang abil. aku hentam jiwanya yang lemah bagi kuat! macam bagi training untuk bertempur. aku ajar jiwanya jadi keras. jadi kebal pada apa pon. tapi sekarang mungkin abil dah penat. tak mampu lagi jadi keras. tak mampu lagi jadi kebal. gagalkah dia?
salahkah aku kalau aku lembik. jadi abil tak boleh lembik langsungkah? apa ni lembik-lembik. kalau lembik-lembik mana boleh berjaya. orang malas je lembik-lembik ni.
ah peduli. aku penat. aku mahu jadi lembik. jiwa aku mahu berehat. jangan dipaksa, jangan diseksa.
1 comment:
chayok abil!!!
Post a Comment