Wednesday, November 11, 2009

Sampah

Sekarang dah wujud beribu mungkin berjuta blog. Kalau nak dikategorikan, memang macam-macam kategori. Kategori kelakar, kategori bercakap tentang diri sendiri, kategori depress, kategori gosip , kategori kutuk orang, kategori sastera dan tak ketinggalan kategori sampah, macam blog yang korang tengah baca ni.

Eh memang tujuan aku nak wujudkan blog kategori sampah. Memang itu niat aku memula. Waktu nak buat blog ni aku sempat niat, "Sahaja aku buat blog ni untuk dijadikan sampah"Suka hati lah. Baideway, aku je yang boleh panggil blog ni sampah, yang lain boleh shadap.

Other than that, blog ini juga bertujuan untuk merakamkan segala suka duka pahit maung manis masamnya kehidupan aku. Bak kata orang tempat meluahkan perasaan. "Eleh, macam lah ade orang nak baca woi" mungkin itu yang terlintas dalam fikiran anda semua. Nak tau apa yang terlintas dalam fikiran aku? " Woi aku ade keluarkan arahan suruh ko bace ke weh! Tak nak baca belah/blah la weh! Yang ko baca apehal weh!"

Jadi berbalik kepada objektif kedua menulis blog ini, maka saya hendak merakamkan bagaimana perasaan saya selepas menjawab kertas pertama Peperiksaan Akhir Semester Julai09 tadi iaitu kertas Kebarangkalian dan Statistik. Perasaan saya ialah....

Ermm ok je.


Ok Off record. Dah habis rakam

4 comments:

Najwa Sofwani said...

perasaan yg bagus.....=)
next paper bkn stakat ermmm..ok je tp
erm..mantap..hahhaha

Anonymous said...

hahaha nabilah mastuki...day by day ko nye post makin mantap...dah tuka major sastera ke weh...:)

z.a.z said...

abil, aku sentiasa tggu updet2 yg mntap dr ko..hehe

abeelo said...

wa, ermm harap-harap lah


fatin, sastera la sangat. xtahap gaya bahasa sarip lagi. haha.


zureen chan, mantaplah sangat. *konon-konon rendah diri tapi dah kembang idung dah* hihi.