Thursday, October 28, 2010

Pekak

Aku ade satu seluar yang dulu sebelum puase aku pakai ketat. Tapi time puasa dia longgar sikit lah. Kalau dulu aku pakai seluar tu depan mak aku, dia jegil biji mata dia dan dengan nada suara tinggi suruh aku pegi tukar seluar lain. Bila aku cakap dengan dia, "Tak payahla jerit-jerit", dia kata, "Mana ada ibu jerit, suara ibu memang kuatlah".Layankan ajelah.

Tapi puasa ari tu aku pakai, dah longgar sikit. Eh tak, longgar banyak. Mak aku pon cakap longgar banyak. Nada suara dia time cakap dah longgar banyak tu tak la setinggi nada time suruh tukar seluar tu. Boleh pulak cakap pelan je. Sabar je.

Hari tu cakap dalam telefon. Mula-mula mengumpat nada macam biasa je. Kira tak berdesing la kat telinga aku suara mak aku cakap kat aku. Gegendang telinga aku kira bergetar dalam kadar yang normal lagi lah.

Dia tanya , "Malam ni makan ape?" aku jawab, "Malam ni makan dengan S."

"Ha kan takde keje lain. Habiskan duit orang je belanja ko makan!" Memang macam nak pecah jugakla gegendang telinga aku mak aku jerit. "Tak payah jeritla bu."aku cakap sambil tukar telepon kat telinga belah lagi satu. Telinga yang tadi dah panas. Rasa macam taik telinga nak terkeluar.

"Tu memang suara ibu yang biasa lah." dia jawab. Rugi btol aku tak record conversation ni. Bagi dia dengar sendiri suara normal dia. Haih.

4 comments:

waN BobO said...

hahaa..mcm2 la akak ni..

Najwa said...

abeel jom diet!!! =p

abeelo said...

wan, haha. boring tade keje.

najwa, ko ajak diet je prot aku tros lapa dowh. haha

sapektomei said...

mama burung borek, anak burung rintik la.. kah3x.. sore ko pon same abeelo oi...

wa, jgn ajak abil mcm tu la....
mcm ni " bil jom kite gemok nak?, byknye mkanan sedap2... ahhhhh...."