Friday, September 3, 2010

Sunyi

Perempuan, kalau dah sayang, yang buruk nampak cantik, yang jelik nampak molek. Aku sebenarnya tak berani nak mengstreotypekan sang perempuan ini. Jadi aku tukarlah ayat tadi.

Aku, kalau dah sayang, dah suka, yang buruk akan nampak cantik, dan yang jelik nampak aje moleknya. Betul, tak tipu. Takbaik tipu-tipu bulan posa ni.

Jadinya, apa motif aku nak tulis post ni sebenarnya. Haha. Aku pun tak tau. Biasalah perempuan, kalau gaduh sikit, nak luah perasaan. Nak tulis blog. Macam yang aku tengah buat ni. Ni tengah gaduh la ni. Poyo. Haha.

Mungkin orang yang bergaul dengan aku anggap aku ni kecoh. Segala benda nak cakap. Tapi ada benda yang aku tak pandai luah, memang tak luah beb. Terkemam je dalam mulut ni ha. Macam sekarang ni. Nak cerita la konon. Tapi tak reti nak cerita. amende tah. Jiwa kacau sangat. Tah hape - hape.

Fynn Jamal cakap, sunyi itu musuh utama wanita. Betol. aku setuju.

Oklah. Bye. Dah tak sunyi sebab dah pasang lagu raya. :)

1 comment:

Najwa said...

abeel jgn gaduh2, xbaik ahh bln pose nih gaduh2...=p
weiii...esk aizat balik!!!!!!!!!!!
=D =D =D