Wednesday, January 27, 2010

Ratu Hati.

tumbuk sambal sambil nyanyi lagu rock

Ibu. Memang ada kuasa magik agaknya.

Bila dekat asik nak gaduh je, bila jauh rasa nak dipeluk tubuh dia.

Bila dekat aku asik nak melawan , bila jauh rasa macam hilang kawan .

Bila dekat asik nangis kecik ati, bila jauh asik nangis rindu-rindu.

Pedulik kalau orang nak anggap aku apa saja, asal ibu masih anggap aku anak dia.

Note to self: Kadang-kadang ibu memang kena jadi ibu, bukan kawan semata-mata. Naluri ibu namanya.


Monday, January 18, 2010

Elements of life.

Bagi aku kawan tu memang elemen paling besar dalam hidup aku. Even family aku pon tak ambik pecahan besar dalam hidup aku. Sebab mungkin family aku tak ramai. Kami bertiga saja. Ibu ayah dan aku. Macam Greenday. Bertiga je.

Tak semua benda pasal kawan-kawan aku cerita kat family. Tapi banyak hal pasal family aku cerita kat kawan. Bukan kawan-kawan. Kawan je. Sa. Satu je. Aku selalu anggap kawan tu yang paling rapat dengan aku dan kawan-kawan ialah kenalan biasa aku. Yang contact bila ada perlu je. Bila nak pinjam kereta. Bila nak pinjam duit nak join MLM. Yang tu.

Bila pasal kawan aku memang go all out. Aku treat diorang macam diorang tu the siblings i never have. Dulu dengan kawan aku selalu carried away. I care too much. Macam diorang tu crush aku. Semua yang dibuat aku nampak betol. Semua yang diungkap aku setuju. Pendapat dia sama dengan pendapat aku. Aku tersayang lebih. Kalau duit tinggal 50 dalam wallet, kau mintak, 50 lah aku bagi.

Untill one day aku sedar, ramai kawan yang aku adore gila babi tu selfish. Sejak aku sekolah rendah lagi benda ni selalu jadi kat aku. Ramai yang pura-pura rupanya.

Aku sedar dulu muda-muda aku memang mudah terikut ikut orang. Bodoh lagi.Lagi-lagi kawan. Memang senang. Mana taknya kalau dah 24jam berkepit. Memang senang orang nak pengaruh mentality aku.

Kalau kawan pilih bulu aku pon sama pilih bulu.
Kalau kawan makan western aku pon nak gak ikut-ikut makan western.
Kalu kawan dok kutuk orang aku menambah-nambah pulak lagi kutukan tu.

Kadang-kadang girl-girl relationship ni (read:friendship) sama gak macam girl-boy relationship. Kita ingat dia tu nak jadi boifren kita rupanya nak jadi fren je. Kita anggap dia besfren kita tapi dia tak rasa kita best pon untuk dijadikan bestfriend. It takes two for a relationship.

Agaknya nilah balasan bila buat baik sebab nak harapkan balasan. Tak sepenuhnya ikhlas. Sayangkan kawan tak betul ikhlas. Berjasa dengan kawan sebab harap kawan tu dok balas balik. Jadi bila balasan bukan macam kita harapkan memang pedih.

Aku kalau gaduh dengan kawan pon tak seserabut gaduh dengan boifren. Kalau gaduh dengan kawan semua benda tak boleh buat. Kalau kawan buat tak layan aku tak lalu makan. Kalau kawan buat tak kenal aku menyesal. Kenapa lah aku tak tegur tadi.

Banyak yang dah berubah. Kan azam baru nak suka perubahan. Kenalah adapt.

Note to self: Selalunya salah sendiri memang susah nak nampak. Jangan asik salahkan orang.

Resting on our laurels.

Aku tak suka perubahan. Bukan benci ye, tak suka. Kalau nak lembut sikit mungkin tak gemar. Kalau tak suka tu ada tahap, katalah tiga tahap, 1 being the least and 3 being the most. Aku pilih 1.15. Cewah macam proficiency test pulok.

Perubahan tu sendiri digalakkan dalam islam. Tapi mestilah perubahan kea rah yang lebih baik. (nada ustazah kat sekolah agama petang yang pegi pukul 2.30 balik pukul 6). Jadi aku ni kapiaq ke tak suka perkara yang digalakkan dalam islam? Kepala otak ko!

Biar ustazah jelaskan statement ustazah tadi. Ecewah. Bagi aku, perubahan apa pun tak kisah la baik ke buruk ke akan menyebabkan perkara lain yang berkaitan berubah jugak. Tak banyak pun, sikit mesti ada yang kena ubah.

Contohnya, kakak saya dah kahwin. Kakak saya bahagia, saya pon bahagia. Tapi kakak saya cakap dah tak boleh manja-manja macam dulu lagi. Nanti laki dia jeles. (-_-)

Contohnya lagi, ayah saya dah beli rumah baru. Rumah kami caaannntiikkk sangat. Emak pon senyum je duduk rumah baru. Tapi mak sekarang dah tak suka jalan-jalan. Dia suka duduk rumah je sebab dia kata rumah ni selesa sangat, sayang nak tinggalkan.
(-_-)

Ini contoh sahaja ye murid-murid. Contoh yang tak berapa boleh diterima logik akal. Sila adaptasikan kepada contoh-contoh yang lebih logik dan masuk akal.

Sebab tu aku rasa aku ni susah nak berubah. Perangai lama yang burok-burok tu semua masih ada lagi daripada kecik sampai sekarang dah besar. Atau lebih senang lagi, aku ni Degil.

Lagi satu yang kawan tak berape gemor nak berubah-ubah ni sebab nak berubah ke arah yang lebih baik tu selalunya memerlukan keazaman dan ketekunan yang kuat. Oleh kerana aku ni pempuan yakni kaum yang lemah jadi keazaman dan ketekunan tu pon lemah la jugak, tak kuat. Bila dah lemah tu, perubahan itu tidaklah kepada yang lebih baik tetapi kepada yang lebih buruk. Ye tak puan-puan?

Lagi satu aku tak suka orang yang konon-konon dah berubah ke arah yang lebih baik, tapi bukan main lancang dan lantang mengutuk orang-orang yang konon masih tak berubah. Seolah-olah tak sedar yang dulu diri dia macam tu jugak. Memang ko dah berubah, tapi mentality ko sama macam dulu. Sempit! Kolot!

Oleh kerana ni dah tahun 2010, aku pon nak la jugak berubah. Berubah kepada sukakan perubahan. Barulah boleh berubah. Kan?


Nampaknya, aku belum boleh berubah. Aku tak suka perubahan yang berlaku pada diri aku sekarang ni. Daripada dok kat umah kepada dok kat UTP. Blergh! Tak suke tak suke!

Friday, January 1, 2010

All-time Fav

Tahun 2010

Let go and let God

*new mantra for the year