Monday, January 18, 2010

Resting on our laurels.

Aku tak suka perubahan. Bukan benci ye, tak suka. Kalau nak lembut sikit mungkin tak gemar. Kalau tak suka tu ada tahap, katalah tiga tahap, 1 being the least and 3 being the most. Aku pilih 1.15. Cewah macam proficiency test pulok.

Perubahan tu sendiri digalakkan dalam islam. Tapi mestilah perubahan kea rah yang lebih baik. (nada ustazah kat sekolah agama petang yang pegi pukul 2.30 balik pukul 6). Jadi aku ni kapiaq ke tak suka perkara yang digalakkan dalam islam? Kepala otak ko!

Biar ustazah jelaskan statement ustazah tadi. Ecewah. Bagi aku, perubahan apa pun tak kisah la baik ke buruk ke akan menyebabkan perkara lain yang berkaitan berubah jugak. Tak banyak pun, sikit mesti ada yang kena ubah.

Contohnya, kakak saya dah kahwin. Kakak saya bahagia, saya pon bahagia. Tapi kakak saya cakap dah tak boleh manja-manja macam dulu lagi. Nanti laki dia jeles. (-_-)

Contohnya lagi, ayah saya dah beli rumah baru. Rumah kami caaannntiikkk sangat. Emak pon senyum je duduk rumah baru. Tapi mak sekarang dah tak suka jalan-jalan. Dia suka duduk rumah je sebab dia kata rumah ni selesa sangat, sayang nak tinggalkan.
(-_-)

Ini contoh sahaja ye murid-murid. Contoh yang tak berapa boleh diterima logik akal. Sila adaptasikan kepada contoh-contoh yang lebih logik dan masuk akal.

Sebab tu aku rasa aku ni susah nak berubah. Perangai lama yang burok-burok tu semua masih ada lagi daripada kecik sampai sekarang dah besar. Atau lebih senang lagi, aku ni Degil.

Lagi satu yang kawan tak berape gemor nak berubah-ubah ni sebab nak berubah ke arah yang lebih baik tu selalunya memerlukan keazaman dan ketekunan yang kuat. Oleh kerana aku ni pempuan yakni kaum yang lemah jadi keazaman dan ketekunan tu pon lemah la jugak, tak kuat. Bila dah lemah tu, perubahan itu tidaklah kepada yang lebih baik tetapi kepada yang lebih buruk. Ye tak puan-puan?

Lagi satu aku tak suka orang yang konon-konon dah berubah ke arah yang lebih baik, tapi bukan main lancang dan lantang mengutuk orang-orang yang konon masih tak berubah. Seolah-olah tak sedar yang dulu diri dia macam tu jugak. Memang ko dah berubah, tapi mentality ko sama macam dulu. Sempit! Kolot!

Oleh kerana ni dah tahun 2010, aku pon nak la jugak berubah. Berubah kepada sukakan perubahan. Barulah boleh berubah. Kan?


Nampaknya, aku belum boleh berubah. Aku tak suka perubahan yang berlaku pada diri aku sekarang ni. Daripada dok kat umah kepada dok kat UTP. Blergh! Tak suke tak suke!

2 comments:

SAS said...

have fun at school abil! :D :D

abeelo said...

tenkiu bebeh. :)