Friday, March 20, 2009

gadis melayu tulen.

internet yang sangat menguji kesabaran aku akhir-akhir ini menyebabkan semangat aku untuk memberikan perhatian terhadap blog ini terkubur begitu sahaja. ini pun adalah atas jasa baik housemateku yang menidurkan drinya bg memberi laluan untuk aku menggunakan laptop beliau. hehe. aku tau dia tak kesah. sebab dia tak tau pon aku guna laptop dia, so camne dia nak kesah. hehe =)

akhir-akhir ni mulut aku ni asik la mencarut. dulu ade jugak mencarut, tp sekarang ni selang 2, 3 perkataan yang keluar dripada mulut aku ni mesti ade perkataan yang kurang sopan terselit. mungkin takdek orang kisah pon kalau tahap carutan aku yang skarang ni melebihi tahap carutan yang dulu, tp aku kesah. aku takut terlepas depan mak bapak aku. call me a hypocrit, but its true. aku memang kuat berlakon depan mak bapak. yelah, anak diorang aku sorang ni lah, kalau aku tunjuk perangai buruk aku depan-depan diorang, tak ke hancur luluh jiwa raga mereka bila anak perempuan yang dididik dengan penoh kasih sayang ni mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun nyonya tua naik basikal yang tak sabar-sabar nak melintas smpai aku kena brek emergency, menyumpah seranah lalat yang suka-suka masuk dalam cawan nescafe aku yang masih penuh, mencelakakan iron baju yang mnyebabkan tdung bawal yang aku kibau daripada mak aku terbakar. tak elokla kan mcm tu.

oleh kerana cuti pertengahan semester hampir tiba, aku harus membuat persediaan menahan diri dari mengeluarkan kata-kata kesat. tambahan pula, aku sendiri telah mendapat kesedaran setelah terlihat gadis yang bermuka sopan dan ayu, bertudung litup (litup maksudnya tak selempang tudung ke belakang mcm aku selalu buat),memang seswai buat menantu, mencarut , menyumpah , menghamun, dan mensialkan ex bfnye dengan frekuensi suara yang agak tinggi. buruk weh. aku takdela kesah sangat kau nak mncarut, tp pelan-pelan sudah. buruk weh. malu kat makcik ngan pakcik yang bawak anak2 dorang makan kat ctu. kalaw anak2 dorang da besar kuat mencarut, sume punca belajar dari mulut kau la. jadi aku membuat keputusan berhenti mencarut. bukanla berhenti, kurengkan sket.

so, aku mencadangkan kepada roomate aku yang boleh than gak mulut die untuk : wujudkan satu tabung, di mana setiap perkataan carutan yang keluar daripada mulut kitorang akan didenda 5cents per word.(ekonomi merudum, 5sen tu kire mahal ok) kami akan berusaha ke arah menjadi gadis melayu tulen yang tidak mencarut~!! aku ingat kalau bnyak duit tu nant nak derma kat anak yatim, tp tak berkat la plak nant. =)

the problemo is, bila aku rase nak memaki hamun orang, aku akan masukkan lets say 50cents just untuk melepaskan makian dan hamunan aku terhadap orang-orang tertentu. 50cents means 10words. thats still a lot of cursing! so mcm no point je bwat tabung tu. still cursing, but only for limited numbers. kire okeyla tu kot. sekurang-kurangnya, lepas aku menyumpah-nyumpah tu aku menyesal sebab dah burn 50cents. kalau kumpul 50cents tu dah boleh buat basuh baju kat washing machine. hehe. so kire ade progress la tu kan.

so far, kata-kata makian semasa memandu pon sudah berkurangan. hopefully, balik cuti nant, tiada kata-kata nista dan keji terkeluar daripada mulut aku ni. yang ada hanyalah, bahasa berbunga yang indah dan sopan belaka. hehe. tp aku buat semua ni not only for the sake of nak tunjuk baik depan ibu bapaku, tp sebb aku memang nak berubah la weh! buruk beno aku rasa pmpuan mncarut2 nih. bknla aku kate lelaki mencarut tak ape, tp sebb aku ni pompuan, ape aku kesah lelaki pnye hal. haha.

till then! adios

pesanorangtue:tak sabo nak balik!

5 comments:

Unknown said...

hahahaha
bnyak ko punye ketulenan@keaslian
tpi jgnla carutan tuh kluar
buruk bebenor rupenye

Anonymous said...

hahahah...ak pon skunk kalu mrh skit mencarut...ntah pe2 la...tp yg ak pelik..exbf???
ape mksd kamu...yg bru nih dah jadi ex kerk??
pr yg lame??

hehehe
xoxo gossip girl:P

sakina said...

mari bersama2 juge!

Mohafiz MH, M.D. said...

satu usaha yang baik..teruskan

p/s, jarang dengar pompuan mencarut sebenarnya..adakah carutannya sama?bahasa melayu atau inggeris atau hindi?eheh

abeelo said...

mr dob: ye aku tau mmg bruk. tp kalu da tak than tu memg trkluar gak. haha

fatienz: apeplak, ni exbf org laen la bkn aku la. esk.

sakina: eik ko pon mncarut ke sakina, xmngkin. huhu

13: ikotlah prempuan tersebut brbangsa apa. mungkin juga ikut mood dye tyme tu nak kuar bhasa ape. haha