Wednesday, June 29, 2011

Berat Badan

Aku mesti bertindak! Sampai bila nak jadi macam ni. Klau setahun 2kilo naik tak turun-turun nak jadi apa! Swimming pool , gym, tasik sebesar-besar alam kat depan UTP tu ada. Free semua tu weh! Ape function kat kau! Buat cuci mata je ke???

Aku rasa aku selalu macam lemah semangat je bila nak exercise ialah sebab bila aku bersenam la kan ( jangan nak buat muka tak percaya pulak aku bersenam! ) dalam otak aku selalu ada thoughts yang melemahkan pergerakan otot dan anggota badan aku.

"Takyah la weh. Gemuk ni memang genetik family dowh"

"Orang kata kalau jogging nanti paha kau lagi besar sebab otot je " (Aku tak tau la orang mana yang cakap ni. Mengarut je)

"dan sebagainya" (bukanlah aku fikir dan sebagainya time jogging tu. Maksudnya aku fikir macam-macam lagi laaaa.)

Lagi satu faktor yang menggagalkan ialah bila aku exercise, lepas exercise tu aku bajet aku boleh melantak macam tak jumpa makanan dua hari.

"Tadi kan dah jogging. Kena gain balik energy ni." Tapi malangnya makanan tu tak jadi energy pon. Jadi lemak je. Haih.

Maka di blog yang sepi ini, aku berazam untuk mendisiplinkan diri memastikan berat badan turun dan memiliki body yang cantik lagi unggul sebelum berjumpa kekasih hati akhir bulan 7 nanti. Chaiyokkk!

p/s: Cepat sape nak jadi trainer aku! *sambil buat sit-up*

Monday, June 27, 2011

As If I'm Ready

Im back!!! Sebab aku perlu bagi kekuatan untuk diri menghadapi dua semester akhir ini. Bila fikir balik blog ni boleh jugak buat tempat aku keep track of my time. Bila due assignment, bila presentation and Im sure its going to be lame. But whatever, aku pon bukan interesting sangat. Bukan selalu pon I did something exciting. Paling kuat pon keluar dengan kawan-kawan yang exciting. Diorang yang exciting aku excited je. Hee.

Anywho, baru sampai UTP pagi tadi. Hari Jumaat lepas balik Muar tercinta. Setiap kali sampai depan gate rumah mesti tiba-tiba datang rasa tenang yang entah dari mana. Mungkin sebab slalu sampai pagi buta kot. Jadi waktu tu tak ada orang. Tak ada bunyi. Senyap sunyi.

Feels like heaven.

And now Im back in hell. Hello assignment test report! Hell-o semua! Come to mama!

Friday, February 11, 2011

Tolong Ingatkan Aku - bukan post lirik lagu Ana Raffali

Alhamdulillah, masih lagi bernafas. Pemilik blog masih wujud lagi di dunia penuh pancaroba ini. Aicewah. :)

Bukanlah sibuk sangat pun, tapi tak ada yang menarik sepanjang ketiadaan. Perkara yang sama, perbuatan yang sama setiap hari. Bangun pagi, pegi keje, buat keje (yang kebanyakannya facebook-ing dan downloading hee) balik keje, tido. Disulami dengan makan, minum, bersembang, bercinta, ketawa, menangis dan termenung. Itu waktu intern lah.

Sekarang balik ke keadaan asal. Asal adalah sebelum intern.

Belajar.

UTP.

Blergh.

Walaupun sesak dada memikirkan tanggungjawab yang tak sudah ni, tapi di selambakan saje. Digagahkan segalanya biar terlaksana juga nanti. Tak lama dah abil. Setahun je lagi. Tak akan semuanya jerit perih saja. Mesti ada manisnya.

Semoga selamat semua. Chayok!

p/s:ye ye tau ari tu dah cakap babai. well im back baby! haha