Friday, May 15, 2009

kalaulah.

lunch untuk minggu ini:

roti and peanut butter,
air kotak yeos perisa laici


kalau gour cakap aku gemuk jugak aku nak sumbat dia dengan peanut butter. haih.


pesanorangtue: kalaulah berat aku 50kg je. haih.

Thursday, May 14, 2009

berbudi bahasa amalan kita.

gara-gara white coffee anney, malam ini aku tak boleh nak tdo. semua orang dah tido. cis! bangunlah woi korang. teman aku weh. jangan arap la nak bangun. huh.

tadi pegi irc (information resource center) mengada utp nih, irc konon, library sudeyh. gado lagi dengan pak gad. hangin btol aku. dia cakap aku ni harap je balajo tinggi tapi takde budi bahasa. kau tengking-tengking aku kat irc dengan tujuan untuk memalukan aku tu berbudi bahasa sangat ke! shizo punye pakgad (shizo-credit to pemberita yang cool,erk cool ke?). dengar cite member aku pon kene tengking gak ngan die malam nih. patotla waktu nak balik tadi nampak kau duk tersandar kat sofa irc tuh. penat tengking budak rupenye.

dipendekkan cite balik bilik aku pon melepaskan keluh kesah kepada roomate aku pasal hal nih. dia pon penah kena sound gak dengan pakgad ni and dia pon melawan gak. satu ayat die yang buat neuron-neuraon otak aku nih mengecas ialah bile die cakap "zaman sekarang nih takleh nak berbudi bahasa sangat, nanti hak kite orang lain ambik".

aku mengaku aku memang melawan cakap pakgad tadi tuh. memang logik jugak kalau dia nak cakap aku ni harap belajar je tinggi tapi budi bahasa takdek. tapi aku melawan sebab aku rasa dia takde hak nak tengking-tengking aku macam tu. dan aku berhak mempertahankan yang aku tak bersalah. sebab semalam aku pegi irc pakai sandal yang sama tak kene tahan pon. adakah semalam perkara yang aku buat tu betul tapi dalam masa sehari dunia berubah dan aku tiba-tiba bersalah. so aku tiada hak ke nak mempertahankan yang aku rasa aku tak bersalah. dan perbuatan aku mempertahankan hak aku tu dikira tak berbudi bahasa. pakcik, walaupon saya kene tengking dengan pakcik saya masih mengontrol volume suara saya ye. kalau saya ni kurang ajar saya dah cakap macam ni,

"suka hati kau je nak cakap aku ni takde budi bahasa, kau tengking-tengking aku dah budi bahasa sangat ke. baru jadi pakgad dah suka-suka nak tengking2 orang. tegur elok-elok la bro. camharam la perangai kau ni " dengan menggunakan volume yang paling tinggi.

itu kalau mak bapak aku tak ajar aku la. tapi sekarang ni cite die lain. aku melawan apa yang aku rasa aku betul je. suara tak tinggi pon. lemah lembut je, ok takdela lemah lembut tapi kira bersopan jugak la. so perbuatan aku tu mempertahankan hak ke bersifat kurang ajar? kalau aku salah fine la aku mengaku aku salah. aku bukan bodoh tak tau yang mana salah yang mana betol.

kalau ada cikgu tuition yang dah dibayar untuk mengajar budak-budak tapi die tak mengajar,datang kelas terus tido, then ada budak cakap, "cikgu, cikgu tak takut ke makan gaji haram yang cikgu dapat sebab tak mengajar kami. keje nak tido je. baik cikgu berenti keje je lah cikgu. bazir duit mak bapak saya je bayar kalau cikgu taknak mengajar" budak tu kurang ajar ke berani?

kalau aku ada anak macam tu aku nak bangga ke nak bagi die pelempang? tunggu aku ada anak nanti baru aku jawab soklan ni. ah aku dah ngantuk.

so actually, masuk irc boleh pakai sandal ke tak? mpp please clarify this matter. mpp. ni lagu satu shizo! lain kali aku cite. huh.


pesanorangtue: semoga aku tak kene sumpah dengan pak gad tu tak dapat jawab exam nant. amin.

Wednesday, May 13, 2009

ayah

"adik jeeha(adik-sepupu-aku-darjah-dua-yang-tau-nak-jalan-jalan-shopping-je), ko bile nak benti isap botol nih? da darjah due pon isap botol lagi. tak senonoh btol"aku ckp

"eh suke kite la!" nyot2 aku tngk die isap botol tuh. nasib baik cute. kalau tak dah tembak dah muka budak kecik ni.

tiba-tiba bapakku bersuara

"adik, nak tau tak?"

"nak nak!" sambil buat muka excited. eleh belakon je tu. bodek bapak aku nak bawak jalan-jalan la tu. huh.

"dulu kan waktu kak long kecik-kecik umur die due tahun kan dia menyusu ngan mak eton kan. lepas dah dua tahun tu ade satu time tu die asik nak menyusu je. selang lima minit nak menyusu. selang lima minit nak menyusu. habis tu mak eton bawak la pegi jumpe wak kaipah nak sapihkan menyusu badan nih. macam-macam la die suh buat. suh cat tetek tu warna merah la. letak ubat bagi pahit la. sebab tanak bagi kaklong ni isap tetek dah, nak bagi die lupa. pak ngah kesian btol dengan kak long ni time tu. yelah nak menetek tak dapat."

sebak la pulak aku ayah aku kesian kat aku. hehe

"nak dijadikan cerita satu ari pakngah ni baring-baring la kat bawah ni kan. macam sekarang ni tengah lepak-lepak baring ni"

"lpas tu pakngah?" excited lebih plak bdak kecit ni

"kak long plak tengah main-main la berangan cakap sorang-sorang kat sebelah pak ngah. sekali bile die nampak je pakngah baring tak pakai baju die terus gigit isap tetek pakngah. pakngah punyelah terkejut terus terbangun, terus tibe-tibe boleh buat sit up! dah isap tu taknak lepas plak tuh. mak eton pon terkejut gila uh tengok kaklong isap tetek pak ngah. pakngah rase macam nak nangis btol sebab kesiankan anak pakngah ni dah gian sangat nak menetek tak dapat. kesian btol. sedih betol lah. tak sangka sampai macam tu sekali dia punya gian nak menyusu."

adik sepupu aku yang memang sengal nih gelak nak mampus dengar citer tuh. lepas tu die bangun dari situ. dari jauh aku dengar die cakap "ibu, tau tak dulu kaklong penah isap tetek pakngah" sengal adik, bagitau kat mak die plak. tak lama lepas tu aku dengar lagi " ayah tau tak kaklong penah isap tetek pakngah" lepas aku dengar tu aku memang terus bangun dari situ belasah budakkecit tu. berani dia memalukan aku. huh.





ayah.

selamat hari jadi.

thanks for being my ayah.

pesanorangtue: tolong bayangkan aku masih kecik lagi umur due tahun masih comel lagi mase isap tetek tu ye. haih.

Thursday, April 16, 2009

trauma

sebaik sahaja aku keluar dari teratak ku di perkampungan4, kelihatan seorang makhluk berseragam biru, berperut buncit, dengan khusyuknya menulis sesuatu di atas sekeping kertas. lalu diselitkan kertas tersebut di bawah wiper kereta kancil comel berwarna putih. sah saman!

kasehan, detik hatiku.

kemudian ku lihat makhluk berbaju biru tadi menuju ke kereta lain. dari pemerhatian ku, arah tujuan langkahan kaki makhluk tersebut seperti ke arah sebuah kereta wira biru, BEE1008,

macam kenal.

kereta aku!! no no no no no no no no no!! nooooooo!!

kawan aku yang sangat supportive, shak(bukan nama sebenar) berkata yes yes yes yes yessss!!
siot! die memg suke kalaw aku takde duit. cisnan!

lalu aku berlari mengalahkan kelajuan flashman menuju ke kereta ku. pakcik!!! jangan pakcik jangan!!!! jeritku bersungguh2.

"ha parking tempat elok-elok la, main parking je kamu ni" ku dengar makhluk tersebut berkata-kata.

phewwww!! selamat 30rnggit

"pakcik trauma nampak kereta parking merata ni"

wth! kau ke yang trauma?

"pakcik, saye yg trauma tengok pakcik nih"kataku

"pakcik jalankn tugas pakcik je" jawab makhluk itu

"kalaw camtu kami ni trauma dengan tugas pakcik tu!!" jawab shak(bukan nama sebenar)

trauma tu maksudnye ape? apesal pakcik ni plak yg nak trauma. tsk tsk.

pesanorgtue: shak tu memg btol bukan nm sebenar. die tak wujud pon sebenarnya. mungkin dia cuma imaginary friend saya.
ain't karma a bitch ?

xoxo,


pesanorgtue: dedicated to my roomate.haha =)

Wednesday, April 15, 2009

gara-gara degil

RM270.00 tunai

Ape yang aku boleh buat dengan rm270

topup rm30 9kping
mkan lunch yg berharga rm3 selama 90 hari
isi minyak kereta kat petronas sebanyak 150L

boleh tambah masuk dlam tabung aku nk bli camera

boleh cover duit aku nk repair bumper kete aku cedera

boleh belikan barang2 dapur untuk mak aku
boleh tolong completekan ayah punye collection sport car yang dapat kat shell tu
boleh menderma untuk anak2 yatim
boleh belanje kawan2 makan
boleh tukar seat kete (2nd hand pon jadila)
boleh buat beli buku fluid


malangnya. duit tu telah berjaya melunaskan saman-saman yang diperolehi di Universiti Teknologi Petronas ini. macam haram. nak bayar secara ansuran pon tak boleh. ye ye aku tau, memg salah aku parking suke hati, pastu selalu masuk roundabout salah arah (ornag masuk belah kiri aku ptong masuk belah kanan) . utp ni dah gawat dah takdek duit sangat la tu. huh! oleh kerana duit pon dah takde tak dapatla nak blanje kawan2 saya makan. lepas ni kalau waktu korg makan aku mintak sikit jangan halau yek. terima kasih.


pesanorangtue: saya nak beli tabung!

Friday, March 20, 2009

perkara-perkara yang saya patut buat

basuh kereta
check kereta
basuh baju
keringkan baju
lipat baju
isi minyak kereta
kemas beg
makan malam
assignment/lab reports


tapi perkara-perkara yang aku buat dari td
layan movie
layan series
layan facebook
layan blog
layan game
layan tido~!!


get up now!!!